Asafad Webshop akan melancarkan pelbagai portfolio produk dan perkhidmatan web


1 Jun 2010 adalah merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua warga kerja Asafad Webshop. Perkembangan Asafad Webshop sejak setahun kebelakangan ini amat menggalakkan dan pelbagai perubahan telah dilakukan sama ada dari segi infrastruktur mahupun proses dan sistem.

Satu gelombang rombakan akan dilakukan di Asafad Webshop yang mana kami akan merombak produk-produk dan perkhidmatan yang sedia ada dan dipakejkan di dalam bentuk yang lebih sesuai dengan kehendak pelanggan kami. Pelbagai produk dan perkhidmatan baru juga bakal ditawarkan selaras dengan perkembangan teknologi terkini, mahupun memenuhi kehendak pelanggan masa kini.

Tunggulah pada 1 Jun 2010 di mana kami akan membuka era baru di dalam dunia perkhidmatan web.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.