Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianRamai di antara pentadbir-pentadbir laman web menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System - CMS) untuk membina laman web mereka. SPK diguna pakai disebabkan ianya boleh mengautomasikan pembinaan laman web anda tanpa perlu mengetahui denan mendalam kod-kod yang membina laman web anda. Sekiranya anda tahu bagaimana untuk menghantar email, atau berbincang melalui forum, anda boleh membina laman web dengan SPK.
Terdapat banyak SPK sumber terbuka (Open Source) yang percuma yang boleh anda pasang. Dengan cPanel (yang diguna pakai dalam semua pelan pengehosan kami), anda juga boleh memasang SPK dengan mudah.
Namun begitu, dalam banyak keadaan, timbul masalah di mana SPK yang ditawarkan secara sumber terbuka perlu dikemaskini dari masa ke semasa untuk memastikan pembaikpulih yang dilakukan diguna pakai dalam keadaan segera untuk mengelak dari serangan penggodam yang tidak bertanggungjawab. Anda boleh mengemaskini laman web anda menggunakan Fantastico yang ditawarkan sebagai modul tambahan di dalam cPanel, namun kami dapati kemaskini oleh Fantastico dilakukan agak perlahan kerana ianya memerlukan masa untuk disemak dan dipantau oleh Fantastico.
Di sinilah Asafad Web Shop boleh menambah nilai kepada pengehosan laman web anda. Kami mempunyai sekumpulan pakar SPK yang ditugaskan untuk memantau setiap versi terbaru yang diterbitkan oleh pembangun-pembangun SPK dan akan mengemaskini laman web anda secara percuma selama mana anda mengehos laman web anda dengan kami.
Tunggukan pakej pengehosan SPK ini yang mana kami sedang menyediakan pelbagai infrastruktur untuk memudahkan proses ini. Senarai SPK yang kami tawarkan juga akan diumumkan kelak. Kunjungilah laman web kami dari masa ke semasa untuk mengetahui maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan sila hubungi Jabatan Penjualan kami di sales@webshoppe.my