Asafad Webshop menawarkan Pengehosan Awan (Cloud Hosting) secara komersil di Malaysia.


Asafad Webshop dalam usaha untuk mempelbagaikan produk-produk dan perkhidmatan telah membina satu platform pengehosan baru - Pengehosan Awan atau yang lebih dikenali dengan nama Cloud Hosting.

Pengehosan Awan adalah merupakan satu teknologi terkini di dalam dunia pengehosan. Laman web yang dihoskan menggunakan pengehosan awan mampu untuk mengatasi beberapa permasalahan yang di hadapi oleh kaedah pengehosan biasa yang mana ianya terhad kepada keupayaan pelayan web (web server) di mana laman web anda dihoskan.

Dengan pengehosan awan, laman web anda tidak lagi terhad kepada keupayaan satu pelayan web, kini laman web anda di layan oleh sekelompok pelayan web yang berkluster. Setiap pelayan web dalam kluster akan dengan teknologi muatan seimbang mengagih-agihkan keperluan untuk memaparkan laman web dan aplikasi laman web anda di antara pelayan-pelayan web yang berada di dalam kluster.

Bukan itu sahaja, pengehosan awan juga menawarkan fleksibiliti untuk menambah dan mengurang keperluan yang dikehendaki. Ini adalah kerana, dengan pengehosan awan, anda bukan membeli atau menyewa ruangan di dalam pelayan web, tetapi anda membeli hak penggunaan yang mana boleh anda agihkan mengikut kehendak anda.

Kunjungilah laman web kami dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan terbaru yang akan ditawarkan oleh Asafad Webshop.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.