Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianSelepas anda mengisi borang pemindahan nama domain dan melakukan pembayaran kepada kami, sistem kami akan.
Sila rujuk Nota Penting Pembaharuan Nama Domain yang terdapat di bawah Borang Pemindahan Nama Domain tentang perkara-perkara yang perlu anda semak terlebih dahulu sebelum memulakan proses pemindahan.
Subdomain adalah nama sub bagi satu-satu nama domain yang telah didaftarkan. Sebagai pemilik sah satu-satu nama domain anda boleh membina seberapa banyak nama domain yang anda mahu. Misalnya, sekiranya anda memiliki nama domain www.abc.com.my anda boleh membina subdomain seperti
mail.abc.com.my, doc.abc.com.my, dan sebagainya.
Untuk melakukan perkara tersebut anda memerlukan akses kepada Pelayan Nama Domain.
Sekiranya anda membeli nama domain bersama-sama dengan akaun pengehosan, anda boleh mengurus rekod DNS anda di Panel Kawalan anda.
Bagi pelanggan yang membeli nama domain tanpa akaun pengehosan, anda boleh menguruskannya di Panel Kawalan syarikat pengehosan anda. Sila hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pelayan Nama Domain atau Domain Name Server - DNS adalah pelayan web yang mengandungi data-data nama domain dan alamat IP untuk nama domain tersebut. Nama domain adalah rekod yang digunakan oleh manusia. Namun bagi komputer, alamat satu-satu komputer ditentukan oleh alamat IP komputer tersebut. Tugas Pelayan Nama Domain adalah untuk menterjemahkan atau memetakan satu-satu nama domain yang di taip di pelayar internet kepada alamat IPnya.
Setiap domain perlu mempunyai Pelayan Nama Domain yang menyimpan maklumat-maklumat IP domain.
Bagi pelanggan-pelanggan nama domain tanpa akaun pengehosan, anda memerlukan rekod DNS ini untuk mendaftar nama domain anda. Jika tidak, ianya tidak akan ditunjuk ke mana-mana komputer. Dapatkan maklumat ini daripada syarikat pengehosan anda.
Asafad Webshop menyediakan pelayan nama domain kami sendiri yang boleh digunapakai oleh semua pelanggan pengehosan kami.
Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai rekod DNS kami.
Setelah anda selesai proses pendaftaran nama domain di laman web kami, sistem kami akan secara automatik menghubungi Pendaftar-Pendaftar Nama Domain bergantung kepada ekstensi nama domain anda.
Namun begitu proses di atas hanya akan dilakukan setelah kami menerima pembayaran dari anda. Sekiranya anda membuat bayaran secara online (menggunakan kad kredit mahupun pembankan atas talian), status pembayaran anda akan dikemaskini setelah kami mendapat pengesahan daripada bank (serta merta sekiranya ianya dilakukan pada hari bekerja).
Anda akan mendapat pemberitahuan melalui email apabila nama domain anda telah didaftarkan.
Setelah nama domain anda didaftarkan, ia akan mengambil masa selama 24 - 48 jam sebelum ianya dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Ini adalah disebabkan data anda akan dikemaskini ke seluruh dunia dari satu lokasi ke satu lokasi.
Sekiranya laman web anda dihoskan dengan kami, kami akan memantau proses ini bagi pihak anda.
Bagi pembeli nama domain tanpa pengehosan, maklumat DNS yang betul dan tepat (yang anda berikan semasa pendaftaran) akan memastikan laman web anda dapat diakses menggunakan nama domain anda.
Untuk memindahkan nama domain yang sedia ada dan telah didaftarkan dengan syarikat lain, anda perlu pastikan mempunyai akses kepada maklumat berikut.
Pemindahan nama domain hanya akan berjaya sekiranya anda mempunyai maklumat-maklumat di atas.
Selain daripada itu, nama domain yang baru didaftarkan tidak boleh dipindahkan. Ianya hanya boleh dipindahkan selepas 60 hari tempoh pendaftaran. Rujuk maklumat lanjut di borang pemindahan nama domain mengenai keperluan-keperluan lain.
Selain daripada nama domain itu sendiri anda perlu memberikan maklumat berikut. Ini adalah keperluan Pendaftar Nama Domain untuk mengesahkan kewujudan anda.
Bagi nama domain Malaysia anda perlu memberikan
Bagi sesetengah nama domain khusus seperti .asia, .eu, .us anda perlulah mempunyai alamat dan kewujudan di negara berikut.
Bagi Pelanggan Nama Domain tanpa Pengehosan
Sekiranya anda ingin mendaftar nama domain yang tidak dihoskan dengan kami, anda juga perlu memberikan rekod DNS (Domain Name Server) di mana laman web anda dihoskan. Hubungi syarikat pengehosan anda untuk mendapatkan maklumat ini. Rekod DNS selalunya dalam bentuk ns1.masa2.com, ns2.masa2.com, cns1.masa2.com, dan banyak lagi.
Profil Domain
Bagi pelanggan Asafad Webshop, kali pertama anda mendaftarkan nama domain dengan kami, sistem kami akan membina Profil Domain yang disimpan di dalam pengkalan data kami. Untuk pendaftaran nama domain kedua dan seterusnya, anda boleh memilih Profil Domain yang sedia ada (sekiranya maklumatnya sama) atau membina Profil Domain yang baru. Profil Domain hanya akan dipaparkan setelah anda log masuk dengan ID dan katalaluan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran nama domain, sila hubungi kami di sales@webshoppe.my
Mendaftar nama domain amatlah mudah dengan Asafad Webshop. Sekiranya ianya adalah nama domain baru, hanya isi Borang Pendaftaran Nama Domain Baru. Klik di sini untuk mengetahui maklumat yang diperlukan semasa mendaftar nama domain baru.
Sekiranya anda telah memiliki nama domain yang anda daftarkan dengan pendaftar nama domain yang lain dan ingin menikmati harga terendah domain kami, hanya isi Borang Pemindahan Nama Domain. Kami akan memindahkan pengurusan nama domain itu dengan Asafad Webshop dan anda boleh menikmati harga pembaharuan domain kami yang rendah. Klik di sini untuk mengetahui maklumat yang diperlukan untuk memindahkan nama domain.
Sila ambil perhatian bahawa bayaran pendaftaran nama domain baru dan juga pemindahan nama domain yang telah berjaya dilaksanakan tidak akan dipulangkan dan dibatalkan. Ini termasuk kesalahan ejaan dalam nama domain dan juga sekiranya anda bertukar fikiran. Harap pastikan ejaan nama domain betul sebelum meneruskan proses pendaftaran.
Sekiranya nama domain yang anda mahu telah didaftarkan oleh orang lain, anda tidak boleh mendaftarkannya. Walaupun begitu, pihak kami menawarkan pelbagai ekstensi nama domain yang boleh anda pilih. Sila rujuk di sini untuk melihat senarai ekstensi domain yang kami tawarkan. Sistem kami juga akan mencadangkan nama domain yang lebih kurang sama untuk anda pilih.
Nama domain adalah alamat anda di Internet. Nama domain terdiri daripada beberapa komponen yang dipisahkan oleh tanda noktah ("."), seperti www.abc.com.my
Struktur nama domain memenuhi keperluan tatatingkat penamaan internet DNS. Struktur ini membolehkan komputer mencari satu sama lain di Internet.
Di tahap teratas sekali adalah "root" atau akar (yang tidak dipaparkan di dalam nama domain). Tahap yang berikutnya digelar domain tahap utama (top level domain - TLD). Tahap yang seterusnya digelar domain tahap kedua, dan seterusnya.
TLD adalah apa yang terletak di akhir sebelah kanan nama domain. Dalam contoh di atas .my adalah TLD bagi domain tersebut. TLD merujuk kepada kod nama domain negara seperti .uk, .my, .jp atau kod-kod nama domain generik seperti .com, .net, .org dan banyak lagi.
Rekod Pelayan Nama Domain (Domain Name Server - DNS) bagi Asafad Web Shop bergantung kepada jenis pelan yang anda pilih. Sila rujuk email Selamat Datang yang kami hantar semasa anda membina akaun anda dengan kami.
Berikut adalah Rekod Pelayan Nama Domain bagi Pelan Asas.
Pelan Asas Linux
ns1.masa2.com, ns2.masa2.com
Pelan Asas Windows
ns1.masa2u.com, ns2.masa2u.com
Sekiranya anda pelanggan pengehosan laman web sahaja (nama domain anda didaftarkan oleh syarikat lain), anda perlu mengemaskini rekod Pelayan Nama Domain anda agar ianya merujuk kepada rekod-rekod di atas. Sila rujuk kepada syarikat di mana anda membeli nama domain tersebut untuk mengetahui tatacara untuk melakukan perubahan rekod Pelayan Nama Domain (DNS).
Sekiranya nama domain anda didaftarkan dengan kami, ianya akan dikemaskini oleh kami secara automatik.
Bagi pelanggan-pelanggan Pelan Premium, Pelan Unggul dan Pelan Mega, sila hubungi Bantuan Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.
Sekiranya pelan-pelan dan pakej-pakej yang sedia ada tidak menepati keperluan anda, sila hantarkan keperluan anda kepada sales@webshoppe.my dan kami akan membina satu pakej berdasarkan kepada keperluan anda. Kami akan menghantar tawaran kami tanpa memerlukan sebarang komitmen dari anda.
Untuk membeli pengehosan laman web, anda perlu memilih pelbagai pelan pengehosan yang wujud. Anda boleh memilih sama anda anda memerlukan pengehosan berkongsi, pengehosan pelayan web persendirian maya, atau pengehosan persendirian. Sekiranya anda baru bermula, kami mengesyorkan anda memilih pengehosan berkongsi pada peringkat permulaan dan tingkatkan ia ke tahap yang anda mahu apabila keperluan memerlukannya.
Setelah anda membuat keputusan mengenai jenis pengehosan yang anda mahukan, langkah seterusnya bergantung kepada status anda.
Sekiranya anda telah mempunyai nama domain, anda boleh sama ada:
Pindahkan nama domain tersebut untuk diurustadbir secara keseluruhannya di sini dengan mengisi borang pemindahan nama domain;ATAU
Hanya kemaskini rekod pelayan nama domain (DNS) rekod di pendaftar nama domain anda agar ianya merujuk kepada pelayan web kami.
Sekiranya anda tidak lagi mempunyai nama domain, hanya daftarkannya dengan mengisi borang pendaftaran nama domain baru.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendaftar nama domain, sila rujuk dokumen ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengehosan laman web, sila rujuk dokumen ini.
Pengehosan awan adalah konsep lama yang telah disempurnakan kini dengan kemajuan teknologi yang terbaru. Ianya menggunakan konsep penkomputeran awan (cloud computing) yang sedang sibuk diperkatakan.
Kaedah tradisional pengehosan adalah anda meletakkan laman web anda di dalam satu pelayan web (sama ada secara berkongsi, maya, atau persendirian). Dengan Pengehosan Awan, laman web anda kini diletakkan di awan yang terdiri daripada kluster-kluster pelayan web yang banyak. Setiap pelayan web akan berkongsi kuasa dan keupayaan untuk mempamerkan laman web anda. Ini menyebabkan kuasa dan keupayaan yang boleh anda miliki untuk laman web anda tidak terhad kepada kuasa dan keupayaan satu-satu pelayan web.
Apa yang menarik dengan pengehosan awan, bukanlah sahaja terhad akses kepada kuasa dan keupayaan pelayan web, yang boleh anda lakukan dengan menaik taraf pelayan web persendirian (dedicated server). Pengehosan awan membolehkan anda menambah dan mengurang pada bila-bila masa dan ketika yang anda mahukan. Dan anda hanya membayar apabila anda menggunakannya sahaja.
Dengan menaik taraf pelayan web anda, anda tetap membayar harga yang sama tidak kira anda hanya menggunakan 10% daripada kekuasaan dan keupayaan pelayan web, atau 100% kekuasaan dan keupayaan pelayan web. Dengan pengehosan awan, sekiranya anda menggunakan hanya 10% kekuasaan, anda hanya membayar untuk 10%, dan bila tetiba anda inginkan 100%, misalnya ketika melakukan sebarang promosi di mana anda bayangkan akan mempunyai banyak trafik ke laman web anda, hanya pasangkannya dan anda dikenakan bayaran untuk 100% untuk waktu itu. Dan apabila anda tidak mahu menggunakannya, hanya tutup kuasa dan keupayaan tambahan dan kembali membayar pada tahap biasa anda.
Sila rujuk kepada video di bawah yang menjelaskan tentang pengehosan awan dalam bahasa mudah.
Pengehosan Persendirian adalah pengehosan paling tinggi di mana laman web anda diletakkan di dalam pelayan web fizikal yang tersendiri. Di sini, anda bukan lagi menyewa ruangan simpan laman web, tapi sebenarnya anda menyewa pelayan web (web server) itu sendiri.
Dengan Pengehosan Persendirian, bukan sahaja anda mengawal segala aspek pengehosan laman web, aplikasi-aplikasi yang dipasang, anda juga mempunyai kawalan penuh tentang peralatan-peralatan pelayan web. Cakera Liut, Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan sebagainya. Anda juga mengawal berapa banyak Jalur Lebar (bandwidth) yang anda perlukan dan banyak lagi.
Pengehosan sebegini sesuai untuk mereka yang memerlukan kawalan penuh terhadap data-data dan segala kemudahan pengehosan dan amat sesuai bagi mereka yang mahir tentang selok belok pengurusan pelayan web dan mahukan kebebasan melakukan apa sahaja.
Sekiranya anda bercadang untuk memilih pengehosan ini disebabkan keadaan "Persendirian" yang ditawarkan, namun tidak mahu untuk mengurus pelayan web, anda boleh memilih Pakej Pengurusan Pelayan Web sebagai tambahan kepada pelan pengehosan anda, dan kami akan urustadbir pelayan web anda.
Sekiranya anda berminat untuk mengehos begini, sila rujuk Pelan Unggul kami.
Pengehosan Pelayan Web Peribadi Maya (Virtual Private Server) adalah pengehosan di mana laman web anda diletakkan di dalam pelayan web (web server) maya yang tersendiri. Anda kini mempunyai kawalan dan hak penggunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web, iaitu kuasa pemprosessan pelayan web dan juga memori pelayan web selain daripada ruang dan akses kepada direktori laman web anda.
Walaupun, secara fizikalnya, anda masih berkongsi pelayan web dengan orang lain, namun pelayan web anda adalah tersendiri. Ini bermakna apa yang berlaku kepada pelayan web anda hanya untuk pelayan web anda, begitu juga sebaliknya. Anda tidak lagi berkongsi sumber pelayan web dengan orang lain.
Ini dilakukan dengan teknologi maya yang mana setiap bahagian komputer boleh diasingkan untuk menjadi beberapa komputer maya. Anda boleh Restart, Shutdown, Boot pelayan web anda sama seperti pelayan web biasa dan tidak mengganggu pelayan web peribadi maya yang lain yang wujud di dalam pelayan web fizikal bersama anda.
Pengehosan sebegini amat sesuai sekiranya anda memerlukan hak pengunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web yang memastikan laman web anda dapat di akses tanpa sebarang gangguan luar pada harga yang lebih rendah berbanding menyewa pelayan web fizikal peribadi anda sendiri.
Pengehosan sebegini juga sesuai bagi mereka yang mahir tentang selok belok pengurusan pelayan web, kerana kini anda boleh mengurus pelayan web mengikut kehendak anda, memasang sebarang aplikasi sistem yang anda mahukan, dan banyak lagi.
Namun sekiranya anda tidak mahir dalam selok belok pengurusan pelayan web, tetapi mahukan keupayaan dan fungsi yang ditawarkan oleh pengehosan sebegini, hanya pilihlah Pelan Pengurusan Pelayan Web bersama-sama dengan pelan pengehosan ini.
Sekiranya anda berminat dengan pengehosan sebegini, sila semak pelan premium kami.
Pengehosan berkongsi adalah di mana laman web anda diletakkan di dalam satu pelayan web (web server) yang dikongsi dengan orang lain. Anda berkongsi sumber pelayan web (web server resources) seperti kelajuan unit pemprosessan pelayan web (CPU), memori dan sistem operasi yang diguna pakai oleh pelayan web.
Walaupun anda berkongsi secara fizikal, namun anda mempunyai ruangan khusus di dalam pelayan web (yang hanya boleh diakses oleh anda) dan hak penggunaan jalur lebar untuk akaun anda. Apa yang berlaku adalah, apabila anda membina akaun pengehosan sebegini, satu direktori baru di bawah nama anda akan dibina dan semua data dan fail-fail untuk laman web anda akan dimasukkan di sini. Hanya anda sahaja yang mendapat akses ke direktori ini, dan anda juga tidak boleh mengakses direktori lain.
Pengehosan sebegini sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan laman web. Anda hanya dikenakan bayaran terhadap jumlah ruangan yang anda gunakan dan juga allokasi jalur lebar (bandwidth). Sumber pelayan web yang lain adalah dikongsi bersama-sama dengan pemilik laman web yang lain yang dihoskan di dalam pelayan web yang sama.
Sekiranya anda ingin memulakan laman web anda, sila semak Pelan Asas pengehosan laman web kami yang menggunakan konsep pengehosan berkongsi.
Pengehosan laman web (webhosting) adalah perkhidmatan penyewaan ruang untuk mengehos (meletakkan) laman web anda di internet. Laman web anda akan diletakkan di pelayan web (web server) - komputer yang dihubungkan dengan internet dan mempunyai alamat IP tersendiri. Berdasarkan rekod pelayan nama domain, pelayar internet akan mengarahkan nama domain anda kepada pelayan web yang seterusnya akan memaparkan laman web anda.
Terdapat pelbagai jenis pengehosan yang ditawarkan berdasarkan keperluan anda. Bermula dari pengehosan berkongsi, pengehosan pelayan web peribadi maya, pengehosan persendirian, pengehosan awan dan pelbagai lagi.
Berdasarkan tahap pengesahan yang anda inginkan dan juga kos yang anda mahukan, pilihlah jenis sijil digital yang anda mahukan.
Setelah anda melakukan pembayaran dan pesanan anda dilakukan, thawte akan menghubungi anda di alamat pentadbir nama domain anda. Bergantung kepada jenis sijil digital yang anda pilih, anda mungkin akan diminta memberikan maklumat-maklumat tambahan, seperti rekod pendaftaran perniagaan anda.
Pastikan anda mempunyai akses ke alamat email pentadbir nama domain anda.
Terdapat pelbagai proses yang perlu anda lakukan dan anda perlu memasukkan beberapa data.
Setelah segalanya selesai thawte akan memberitahu bagaimana untuk memasangnya di akaun pengehosan anda. Sekiranya anda memilih akaun pengehosan dengan kami, kami boleh lakukan pemasangan secara percuma. Hanya berikan kami akses dan maklumat yang diberi oleh thawte dan kami akan lakukannya untuk anda.
Hanya laporkan kepada support@webshoppe.my untuk mendapatkan bantuan percuma ini. Kami akan memimpin anda langkah demi langkah sehinggalah ianya di pasang di akaun pengehosan anda.
Sijil digital SGC SuperCert adalah sijil digital paling tertinggi di mana ianya bukan sahaja mengesahkan anda adalah pemilik sah nama domain tersebut dan identiti perniagaan anda. Sijil digital ini menawarkan apa yang dipanggil tahap enkripsi yang tinggi dan akan dinaikkan secara automatik bergantung kepada jenis pelayar internet yang diguna pakai oleh pelawat laman web anda.
Ianya juga sesuai dengan pelayar internet versi lama dan menawarkan tahap enkripsi maksimum. Sekiranya anda banyak membuat pertukaran maklumat sensitif di internet, sijil digital ini amat sesuai untuk anda.
Sijil digital Wilcard Server Certificate membolehkan anda menggunakannya di semua domain dan sub domain anda. Dengan sijil digital ini, anda tidak perlu membeli sijil digital berasingan untuk setiap sub domain bagi nama domain anda. Seperti sijil digital Webserver Certificate, sijil digital ini bukan sahaja mengesahkan nama domain anda, tetapi ia juga mengesahkan identiti perniagaan anda.
Anda boleh menggunakan sijil digital ini di nama domain anda, www.namadomainanda.com, dan juga sub-domain anda seperti shop.namadomainanda.com, secure.namadomainanda.com dan pelbagai lagi, selagi mana ianya adalah sub-domain untuk namadomainanda.com.
Pengesahan akan mengambil masa beberapa hari dan anda akan diminta untuk memberikan maklumat-maklumat tambahan mengenai perniagaan anda.
Sijil digital Webserver Certificate membuat pengesahan bukan sahaja bahawa anda adalah pemilik sah nama domain yang digunakan tetapi ia juga mengesahkan identiti perniagaan anda.
Permohonan sijil digital ini akan mengambil masa dalam 2 - 3 hari dan anda perlu untuk memberikan maklumat-maklumat tambahan mengenai identiti perniagaan anda (seperti rekod pendaftaran, dan sebagainya). Ia juga menawarkan tahap enkripsi pelbagai yang mana mengesahkan bahawa data yang disalurkan melalui laman web anda akan dienkrip dan tidak akan dapat dipintas oleh pihak ketiga.
Sijil digital SSL 123 adalah sijil digital yang paling murah dan menawarkan pengesahan asas. Ianya akan dikeluarkan dengan segera (selalunya dalam masa beberapa jam setelah anda membuat pembayaran dan pengesahan pembelian sijil ini).
SSL 123 membuat pengesahan bahawa anda adalah pemilik sah nama domain yang digunakan.
Setiap sijil digital menawarkan tahap pengesahan yang berbeza. Asafad Webshop dengan kerjasama thawte menawarkan 4 tahap sijil digital yang boleh anda pilih iaitu
Setiap sijil digital menawarkan pelbagai tahap pengesahan untuk menambahkan keyakinan pelawat laman web anda. Sila rujuk dokumentasi mengenai setiap sijil digital untuk maklumat lanjut mengenai tahap pengesahan yang yang dilakukan untuk memilih sijil digital yang sesuai untuk anda.
Pilihlah sijil digital yang sesuai dengan laman web dan perniagaan anda.
Sijil digital adalah sijil yang dikeluarkan oleh institusi-institusi bertauliah seperti Thawte untuk mengesahkan identiti dan kewujudan anda. Di dalam dunia internet di mana segala transaksi biasanya dilakukan secara maya, terdapat elemen ragu dan was-was mengenai kesasihan satu-satu maklumat yang diberikan, terutamanya sekiranya ianya melibatkan transaksi kewangan.
Dengan memasang sijil digital di laman web anda, anda mendapat pengesahan pihak ketiga daripada pengeluar sijil digital mengenai kesahihan mengenai kewujudan anda.
Data-data dan maklumat yang diberikan semasa transaksi internet juga melibatkan data-data sensitif dan peribadi seperti nombor kredit kad anda, alamat dan maklumat peribadi anda. Sijil digital juga mengesahkan bahawa data-data ini akan dienkrip dan tidak boleh dipintas oleh pihak ketiga.
Asafad Webshop menawarkan pelbagai jenis Sijil Digital yang boleh anda pilih untuk meningkatkan lagi keyakinan pelawat laman web anda ketika melawat laman web anda.
2009, Hakcipta terpelihara, Asafad Webshop (151086-X).
