Frequently Asked Questions - Nama domain


Selepas anda mengisi borang pemindahan nama domain dan melakukan pembayaran kepada kami, sistem kami akan.

  • Menghantar email kepada alamat email Pentadbir Nama Domain memberitahu mengenai keinginan anda untuk memindahkan nama domain.
  • Memaklumkan kepada Pendaftar Nama Domain (Domain Registrar) bagi nama domain anda untuk membuat pemindahan nama domain ke pada Asafad Web Shop.
  • Pendaftar Nama Domain anda akan membuat pengesahan dengan anda. Pengesahan selalunya dilakukan dengan menghantar email ke alamat Pentadbir Nama Domain. Bergantung kepada Pendaftar Nama Domain anda sekarang, prosesnya berbeza-beza. Ada yang meminta anda memasukkan kod sekiranya mahu meneruskan, ada yang meminta anda menjawab sekiranya anda TIDAK mahu memindahkan dan pelbagai lagi. Ada tempoh masa untuk ini. Sila pastikan anda menyemak alamat email anda (iaitu Alamat email Pendtabbir Nama Domain) dari masa ke semasa.
  • Setelah Pendaftar Nama Domain mengesahkannya, dalam tempoh seminggu, proses pemindahan akan dilakukan.
  • Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ianya berjaya.
  • Setelah berjaya, kami akan perbaharui (menambah satu tahun lagi dari tarikh luput nama domain anda) dan nikmati pengurusan nama domain menggunakan sistem kami.

Sila rujuk Nota Penting Pembaharuan Nama Domain yang terdapat di bawah Borang Pemindahan Nama Domain tentang perkara-perkara yang perlu anda semak terlebih dahulu sebelum memulakan proses pemindahan.

 

Subdomain adalah nama sub bagi satu-satu nama domain yang telah didaftarkan. Sebagai pemilik sah satu-satu nama domain anda boleh membina seberapa banyak nama domain yang anda mahu. Misalnya, sekiranya anda memiliki nama domain www.abc.com.my anda boleh membina subdomain seperti

mail.abc.com.my, doc.abc.com.my, dan sebagainya. 

Untuk melakukan perkara tersebut anda memerlukan akses kepada Pelayan Nama Domain.

Sekiranya anda membeli nama domain bersama-sama dengan akaun pengehosan, anda boleh mengurus rekod DNS anda di Panel Kawalan anda.

Bagi pelanggan yang membeli nama domain tanpa akaun pengehosan, anda boleh menguruskannya di Panel Kawalan syarikat pengehosan anda. Sila hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pelayan Nama Domain atau Domain Name Server - DNS adalah pelayan web yang mengandungi data-data nama domain dan alamat IP untuk nama domain tersebut. Nama domain adalah rekod yang digunakan oleh manusia. Namun bagi komputer, alamat satu-satu komputer ditentukan oleh alamat IP komputer tersebut. Tugas Pelayan Nama Domain adalah untuk menterjemahkan atau memetakan satu-satu nama domain yang di taip di pelayar internet kepada alamat IPnya.

Setiap domain perlu mempunyai Pelayan Nama Domain yang menyimpan maklumat-maklumat IP domain.

Bagi pelanggan-pelanggan nama domain tanpa akaun pengehosan, anda memerlukan rekod DNS ini untuk mendaftar nama domain anda. Jika tidak, ianya tidak akan ditunjuk ke mana-mana komputer. Dapatkan maklumat ini daripada syarikat pengehosan anda.

Asafad Webshop menyediakan pelayan nama domain kami sendiri yang boleh digunapakai oleh semua pelanggan pengehosan kami.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai rekod DNS kami.

Setelah anda selesai proses pendaftaran nama domain di laman web kami, sistem kami akan secara automatik menghubungi Pendaftar-Pendaftar Nama Domain bergantung kepada ekstensi nama domain anda.

Namun begitu proses di atas hanya akan dilakukan setelah kami menerima pembayaran dari anda. Sekiranya anda membuat bayaran secara online (menggunakan kad kredit mahupun pembankan atas talian), status pembayaran anda akan dikemaskini setelah kami mendapat pengesahan daripada bank (serta merta sekiranya ianya dilakukan pada hari bekerja).

Anda akan mendapat pemberitahuan melalui email apabila nama domain anda telah didaftarkan.

Setelah nama domain anda didaftarkan, ia akan mengambil masa selama 24 - 48 jam sebelum ianya dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Ini adalah disebabkan data anda akan dikemaskini ke seluruh dunia dari satu lokasi ke satu lokasi.

Sekiranya laman web anda dihoskan dengan kami, kami akan memantau proses ini bagi pihak anda.

Bagi pembeli nama domain tanpa pengehosan, maklumat DNS yang betul dan tepat (yang anda berikan semasa pendaftaran) akan memastikan laman web anda dapat diakses menggunakan nama domain anda.

Untuk memindahkan nama domain yang sedia ada dan telah didaftarkan dengan syarikat lain, anda perlu pastikan mempunyai akses kepada maklumat berikut.

  • Email pentadbir nama domain. Sila rujuk rekod WHOIS untuk mengetahui email pentadbir nama domain ini. Sekiranya email yang dipaparkan itu bukan email anda atau anda tidak mempunyai akses kepada email tersebut, proses pemindahan tidak dapat dilakukan. Hubungi orang yang mempunyai akses kepada email tersebut.
  • Bagi sesetengah nama domain, anda perlu memberikan kod EPP atau kod rahsia (secret code). Maklumat ini boleh anda dapatkan dari syarikat yang mendaftar nama domain anda sebelum ini.
  • Pastikan juga nama domain itu tidak dikunci. Sekiranya ia dikunci, sila hubungi syarikat yang mendaftar nama domain tersebut untuk membuka kuncinya.

Pemindahan nama domain hanya akan berjaya sekiranya anda mempunyai maklumat-maklumat di atas.

Selain daripada itu, nama domain yang baru didaftarkan tidak boleh dipindahkan. Ianya hanya boleh dipindahkan selepas 60 hari tempoh pendaftaran. Rujuk maklumat lanjut di borang pemindahan nama domain mengenai keperluan-keperluan lain.

Selain daripada nama domain itu sendiri anda perlu memberikan maklumat berikut. Ini adalah keperluan Pendaftar Nama Domain untuk mengesahkan kewujudan anda.

  • Nama sebenar anda.
  • Alamat anda.
  • Alamat email yang sah dan betul. Ini adalah maklumat penting bagi mengurustadbir nama domain. Kegagalan memberikan alamat email yang sah dan betul akan menyebabkan anda tidak boleh mengurustadbir nama domain tersebut di masa akan datang.
  • No telefon anda.

Bagi nama domain Malaysia anda perlu memberikan

  • Nama perniagaan/organisasi/kelab/persatuan yang didaftarkan secara sah (untuk .com.my, .net.my, .org.my). Nama tersebut mestilah berdaftar dengan agensi-agensi yang berkenaan. Bukti pendaftaran walaupun tidak wajib diberikan semasa pendaftaran, namun dari masa ke semasa Domain Registry boleh meminta ianya diberikan.
  • Nombor kad pengenalan untuk .name.my. Satu-satu kad pengenalan hanya boleh mendaftar sebanyak 8 nama domain.
  • .edu.my, .gov.my dan .mil.my adalah di bawah kuasa .my Domain Registry dan hanya agensi-agensi yang tergolong di bawah kategori pendidikan, agensi kerajaan dan pertahanan sahaja boleh mendaftar.

Bagi sesetengah nama domain khusus seperti .asia, .eu, .us anda perlulah mempunyai alamat dan kewujudan di negara berikut.

Bagi Pelanggan Nama Domain tanpa Pengehosan

Sekiranya anda ingin mendaftar nama domain yang tidak dihoskan dengan kami, anda juga perlu memberikan rekod DNS (Domain Name Server) di mana laman web anda dihoskan. Hubungi syarikat pengehosan anda untuk mendapatkan maklumat ini. Rekod DNS selalunya dalam bentuk ns1.masa2.com, ns2.masa2.com, cns1.masa2.com, dan banyak lagi.

Profil Domain

Bagi pelanggan Asafad Webshop, kali pertama anda mendaftarkan nama domain dengan kami, sistem kami akan membina Profil Domain yang disimpan di dalam pengkalan data kami. Untuk pendaftaran nama domain kedua dan seterusnya, anda boleh memilih Profil Domain yang sedia ada (sekiranya maklumatnya sama) atau membina Profil Domain yang baru. Profil Domain hanya akan dipaparkan setelah anda log masuk dengan ID dan katalaluan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran nama domain, sila hubungi kami di sales@webshoppe.my

Mendaftar nama domain amatlah mudah dengan Asafad Webshop. Sekiranya ianya adalah nama domain baru, hanya isi Borang Pendaftaran Nama Domain Baru. Klik di sini untuk mengetahui maklumat yang diperlukan semasa mendaftar nama domain baru.

Sekiranya anda telah memiliki nama domain yang anda daftarkan dengan pendaftar nama domain yang lain dan ingin menikmati harga terendah domain kami, hanya isi Borang Pemindahan Nama Domain. Kami akan memindahkan pengurusan nama domain itu dengan Asafad Webshop dan anda boleh menikmati harga pembaharuan domain kami yang rendah. Klik di sini untuk mengetahui maklumat yang diperlukan untuk memindahkan nama domain.

Sila ambil perhatian bahawa bayaran pendaftaran nama domain baru dan juga pemindahan nama domain yang telah berjaya dilaksanakan tidak akan dipulangkan dan dibatalkan. Ini termasuk kesalahan ejaan dalam nama domain dan juga sekiranya anda bertukar fikiran. Harap pastikan ejaan nama domain betul sebelum meneruskan proses pendaftaran.

Sekiranya nama domain yang anda mahu telah didaftarkan oleh orang lain, anda tidak boleh mendaftarkannya. Walaupun begitu, pihak kami menawarkan pelbagai ekstensi nama domain yang boleh anda pilih. Sila rujuk di sini untuk melihat senarai ekstensi domain yang kami tawarkan. Sistem kami juga akan mencadangkan nama domain yang lebih kurang sama untuk anda pilih.

Nama domain adalah alamat anda di Internet. Nama domain terdiri daripada beberapa komponen yang dipisahkan oleh tanda noktah ("."), seperti www.abc.com.my

Struktur nama domain memenuhi keperluan tatatingkat penamaan internet DNS. Struktur ini membolehkan komputer mencari satu sama lain di Internet.

Di tahap teratas sekali adalah "root" atau akar (yang tidak dipaparkan di dalam nama domain). Tahap yang berikutnya digelar domain tahap utama (top level domain - TLD). Tahap yang seterusnya digelar domain tahap kedua, dan seterusnya.

TLD adalah apa yang terletak di akhir sebelah kanan nama domain. Dalam contoh di atas .my adalah TLD bagi domain tersebut. TLD merujuk kepada kod nama domain negara seperti .uk, .my, .jp atau kod-kod nama domain generik seperti .com, .net, .org dan banyak lagi.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.