Apa itu nama domain


Nama domain adalah alamat anda di Internet. Nama domain terdiri daripada beberapa komponen yang dipisahkan oleh tanda noktah ("."), seperti www.abc.com.my

Struktur nama domain memenuhi keperluan tatatingkat penamaan internet DNS. Struktur ini membolehkan komputer mencari satu sama lain di Internet.

Di tahap teratas sekali adalah "root" atau akar (yang tidak dipaparkan di dalam nama domain). Tahap yang berikutnya digelar domain tahap utama (top level domain - TLD). Tahap yang seterusnya digelar domain tahap kedua, dan seterusnya.

TLD adalah apa yang terletak di akhir sebelah kanan nama domain. Dalam contoh di atas .my adalah TLD bagi domain tersebut. TLD merujuk kepada kod nama domain negara seperti .uk, .my, .jp atau kod-kod nama domain generik seperti .com, .net, .org dan banyak lagi.


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.