Selepas anda mengisi borang pemindahan nama domain dan melakukan pembayaran kepada kami, sistem kami akan.
- Menghantar email kepada alamat email Pentadbir Nama Domain memberitahu mengenai keinginan anda untuk memindahkan nama domain.
- Memaklumkan kepada Pendaftar Nama Domain (Domain Registrar) bagi nama domain anda untuk membuat pemindahan nama domain ke pada Asafad Web Shop.
- Pendaftar Nama Domain anda akan membuat pengesahan dengan anda. Pengesahan selalunya dilakukan dengan menghantar email ke alamat Pentadbir Nama Domain. Bergantung kepada Pendaftar Nama Domain anda sekarang, prosesnya berbeza-beza. Ada yang meminta anda memasukkan kod sekiranya mahu meneruskan, ada yang meminta anda menjawab sekiranya anda TIDAK mahu memindahkan dan pelbagai lagi. Ada tempoh masa untuk ini. Sila pastikan anda menyemak alamat email anda (iaitu Alamat email Pendtabbir Nama Domain) dari masa ke semasa.
- Setelah Pendaftar Nama Domain mengesahkannya, dalam tempoh seminggu, proses pemindahan akan dilakukan.
- Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ianya berjaya.
- Setelah berjaya, kami akan perbaharui (menambah satu tahun lagi dari tarikh luput nama domain anda) dan nikmati pengurusan nama domain menggunakan sistem kami.
Sila rujuk Nota Penting Pembaharuan Nama Domain yang terdapat di bawah Borang Pemindahan Nama Domain tentang perkara-perkara yang perlu anda semak terlebih dahulu sebelum memulakan proses pemindahan.