Apakah maklumat yang diperlukan semasa mendaftar nama domain baru


Selain daripada nama domain itu sendiri anda perlu memberikan maklumat berikut. Ini adalah keperluan Pendaftar Nama Domain untuk mengesahkan kewujudan anda.

  • Nama sebenar anda.
  • Alamat anda.
  • Alamat email yang sah dan betul. Ini adalah maklumat penting bagi mengurustadbir nama domain. Kegagalan memberikan alamat email yang sah dan betul akan menyebabkan anda tidak boleh mengurustadbir nama domain tersebut di masa akan datang.
  • No telefon anda.

Bagi nama domain Malaysia anda perlu memberikan

  • Nama perniagaan/organisasi/kelab/persatuan yang didaftarkan secara sah (untuk .com.my, .net.my, .org.my). Nama tersebut mestilah berdaftar dengan agensi-agensi yang berkenaan. Bukti pendaftaran walaupun tidak wajib diberikan semasa pendaftaran, namun dari masa ke semasa Domain Registry boleh meminta ianya diberikan.
  • Nombor kad pengenalan untuk .name.my. Satu-satu kad pengenalan hanya boleh mendaftar sebanyak 8 nama domain.
  • .edu.my, .gov.my dan .mil.my adalah di bawah kuasa .my Domain Registry dan hanya agensi-agensi yang tergolong di bawah kategori pendidikan, agensi kerajaan dan pertahanan sahaja boleh mendaftar.

Bagi sesetengah nama domain khusus seperti .asia, .eu, .us anda perlulah mempunyai alamat dan kewujudan di negara berikut.

Bagi Pelanggan Nama Domain tanpa Pengehosan

Sekiranya anda ingin mendaftar nama domain yang tidak dihoskan dengan kami, anda juga perlu memberikan rekod DNS (Domain Name Server) di mana laman web anda dihoskan. Hubungi syarikat pengehosan anda untuk mendapatkan maklumat ini. Rekod DNS selalunya dalam bentuk ns1.masa2.com, ns2.masa2.com, cns1.masa2.com, dan banyak lagi.

Profil Domain

Bagi pelanggan Asafad Webshop, kali pertama anda mendaftarkan nama domain dengan kami, sistem kami akan membina Profil Domain yang disimpan di dalam pengkalan data kami. Untuk pendaftaran nama domain kedua dan seterusnya, anda boleh memilih Profil Domain yang sedia ada (sekiranya maklumatnya sama) atau membina Profil Domain yang baru. Profil Domain hanya akan dipaparkan setelah anda log masuk dengan ID dan katalaluan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran nama domain, sila hubungi kami di sales@webshoppe.my


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.