Untuk memindahkan nama domain yang sedia ada dan telah didaftarkan dengan syarikat lain, anda perlu pastikan mempunyai akses kepada maklumat berikut.
- Email pentadbir nama domain. Sila rujuk rekod WHOIS untuk mengetahui email pentadbir nama domain ini. Sekiranya email yang dipaparkan itu bukan email anda atau anda tidak mempunyai akses kepada email tersebut, proses pemindahan tidak dapat dilakukan. Hubungi orang yang mempunyai akses kepada email tersebut.
- Bagi sesetengah nama domain, anda perlu memberikan kod EPP atau kod rahsia (secret code). Maklumat ini boleh anda dapatkan dari syarikat yang mendaftar nama domain anda sebelum ini.
- Pastikan juga nama domain itu tidak dikunci. Sekiranya ia dikunci, sila hubungi syarikat yang mendaftar nama domain tersebut untuk membuka kuncinya.
Pemindahan nama domain hanya akan berjaya sekiranya anda mempunyai maklumat-maklumat di atas.
Selain daripada itu, nama domain yang baru didaftarkan tidak boleh dipindahkan. Ianya hanya boleh dipindahkan selepas 60 hari tempoh pendaftaran. Rujuk maklumat lanjut di borang pemindahan nama domain mengenai keperluan-keperluan lain.