Frequently Asked Questions - Pengehosan Laman Web


Rekod Pelayan Nama Domain (Domain Name Server - DNS) bagi Asafad Web Shop bergantung kepada jenis pelan yang anda pilih. Sila rujuk email Selamat Datang yang kami hantar semasa anda membina akaun anda dengan kami.

Berikut adalah Rekod Pelayan Nama Domain bagi Pelan Asas.

Pelan Asas Linux

ns1.masa2.com, ns2.masa2.com

Pelan Asas Windows

ns1.masa2u.com, ns2.masa2u.com

Sekiranya anda pelanggan pengehosan laman web sahaja (nama domain anda didaftarkan oleh syarikat lain), anda perlu mengemaskini rekod Pelayan Nama Domain anda agar ianya merujuk kepada rekod-rekod di atas. Sila rujuk kepada syarikat di mana anda membeli nama domain tersebut untuk mengetahui tatacara untuk melakukan perubahan rekod Pelayan Nama Domain (DNS).

Sekiranya nama domain anda didaftarkan dengan kami, ianya akan dikemaskini oleh kami secara automatik.

Bagi pelanggan-pelanggan Pelan Premium, Pelan Unggul dan Pelan Mega, sila hubungi Bantuan Pelanggan kami untuk maklumat lanjut.

Sekiranya pelan-pelan dan pakej-pakej yang sedia ada tidak menepati keperluan anda, sila hantarkan keperluan anda kepada sales@webshoppe.my dan kami akan membina satu pakej berdasarkan kepada keperluan anda. Kami akan menghantar tawaran kami tanpa memerlukan sebarang komitmen dari anda.

Untuk membeli pengehosan laman web, anda perlu memilih pelbagai pelan pengehosan yang wujud. Anda boleh memilih sama anda anda memerlukan pengehosan berkongsi, pengehosan pelayan web persendirian maya, atau pengehosan persendirian. Sekiranya anda baru bermula, kami mengesyorkan anda memilih pengehosan berkongsi pada peringkat permulaan dan tingkatkan ia ke tahap yang anda mahu apabila keperluan memerlukannya.

Setelah anda membuat keputusan mengenai jenis pengehosan yang anda mahukan, langkah seterusnya bergantung kepada status anda.

Sekiranya anda telah mempunyai nama domain, anda boleh sama ada:

Pindahkan nama domain tersebut untuk diurustadbir secara keseluruhannya di sini dengan mengisi borang pemindahan nama domain;ATAU

Hanya kemaskini rekod pelayan nama domain (DNS) rekod di pendaftar nama domain anda agar ianya merujuk kepada pelayan web kami.

Sekiranya anda tidak lagi mempunyai nama domain, hanya daftarkannya dengan mengisi borang pendaftaran nama domain baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendaftar nama domain, sila rujuk dokumen ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengehosan laman web, sila rujuk dokumen ini.

Pengehosan awan adalah konsep lama yang telah disempurnakan kini dengan kemajuan teknologi yang terbaru. Ianya menggunakan konsep penkomputeran awan (cloud computing) yang sedang sibuk diperkatakan.

Kaedah tradisional pengehosan adalah anda meletakkan laman web anda di dalam satu pelayan web (sama ada secara berkongsi, maya, atau persendirian). Dengan Pengehosan Awan, laman web anda kini diletakkan di awan yang terdiri daripada kluster-kluster pelayan web yang banyak. Setiap pelayan web akan berkongsi kuasa dan keupayaan untuk mempamerkan laman web anda. Ini menyebabkan kuasa dan keupayaan yang boleh anda miliki untuk laman web anda tidak terhad kepada kuasa dan keupayaan satu-satu pelayan web.

Apa yang menarik dengan pengehosan awan, bukanlah sahaja terhad akses kepada kuasa dan keupayaan pelayan web, yang boleh anda lakukan dengan menaik taraf pelayan web persendirian (dedicated server). Pengehosan awan membolehkan anda menambah dan mengurang pada bila-bila masa dan ketika yang anda mahukan. Dan anda hanya membayar apabila anda menggunakannya sahaja.

Dengan menaik taraf pelayan web anda, anda tetap membayar harga yang sama tidak kira anda hanya menggunakan 10% daripada kekuasaan dan keupayaan pelayan web, atau 100% kekuasaan dan keupayaan pelayan web. Dengan pengehosan awan, sekiranya anda menggunakan hanya 10% kekuasaan, anda hanya membayar untuk 10%, dan bila tetiba anda inginkan 100%, misalnya ketika melakukan sebarang promosi di mana anda bayangkan akan mempunyai banyak trafik ke laman web anda, hanya pasangkannya dan anda dikenakan bayaran untuk 100% untuk waktu itu. Dan apabila anda tidak mahu menggunakannya, hanya tutup kuasa dan keupayaan tambahan dan kembali membayar pada tahap biasa anda.

Sila rujuk kepada video di bawah yang menjelaskan tentang pengehosan awan dalam bahasa mudah.

Video: 
See video

Pengehosan Persendirian adalah pengehosan paling tinggi di mana laman web anda diletakkan di dalam pelayan web fizikal yang tersendiri. Di sini, anda bukan lagi menyewa ruangan simpan laman web, tapi sebenarnya anda menyewa pelayan web (web server) itu sendiri.

Dengan Pengehosan Persendirian, bukan sahaja anda mengawal segala aspek pengehosan laman web, aplikasi-aplikasi yang dipasang, anda juga mempunyai kawalan penuh tentang peralatan-peralatan pelayan web. Cakera Liut, Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan sebagainya. Anda juga mengawal berapa banyak Jalur Lebar (bandwidth) yang anda perlukan dan banyak lagi.

Pengehosan sebegini sesuai untuk mereka yang memerlukan kawalan penuh terhadap data-data dan segala kemudahan pengehosan dan amat sesuai bagi mereka yang mahir tentang selok belok pengurusan pelayan web dan mahukan kebebasan melakukan apa sahaja.

Sekiranya anda bercadang untuk memilih pengehosan ini disebabkan keadaan "Persendirian" yang ditawarkan, namun tidak mahu untuk mengurus pelayan web, anda boleh memilih Pakej Pengurusan Pelayan Web sebagai tambahan kepada pelan pengehosan anda, dan kami akan urustadbir pelayan web anda.

Sekiranya anda berminat untuk mengehos begini, sila rujuk Pelan Unggul kami.

Pengehosan Pelayan Web Peribadi Maya (Virtual Private Server) adalah pengehosan di mana laman web anda diletakkan di dalam pelayan web (web server) maya yang tersendiri. Anda kini mempunyai kawalan dan hak penggunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web, iaitu kuasa pemprosessan pelayan web dan juga memori pelayan web selain daripada ruang dan akses kepada direktori laman web anda.

Walaupun, secara fizikalnya, anda masih berkongsi pelayan web dengan orang lain, namun pelayan web anda adalah tersendiri. Ini bermakna apa yang berlaku kepada pelayan web anda hanya untuk pelayan web anda, begitu juga sebaliknya. Anda tidak lagi berkongsi sumber pelayan web dengan orang lain.

Ini dilakukan dengan teknologi maya yang mana setiap bahagian komputer boleh diasingkan untuk menjadi beberapa komputer maya. Anda boleh Restart, Shutdown, Boot pelayan web anda sama seperti pelayan web biasa dan tidak mengganggu pelayan web peribadi maya yang lain yang wujud di dalam pelayan web fizikal bersama anda.

Pengehosan sebegini amat sesuai sekiranya anda memerlukan hak pengunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web yang memastikan laman web anda dapat di akses tanpa sebarang gangguan luar pada harga yang lebih rendah berbanding menyewa pelayan web fizikal peribadi anda sendiri.

Pengehosan sebegini juga sesuai bagi mereka yang mahir tentang selok belok pengurusan pelayan web, kerana kini anda boleh mengurus pelayan web mengikut kehendak anda, memasang sebarang aplikasi sistem yang anda mahukan, dan banyak lagi.

Namun sekiranya anda tidak mahir dalam selok belok pengurusan pelayan web, tetapi mahukan keupayaan dan fungsi yang ditawarkan oleh pengehosan sebegini, hanya pilihlah Pelan Pengurusan Pelayan Web bersama-sama dengan pelan pengehosan ini.

Sekiranya anda berminat dengan pengehosan sebegini, sila semak pelan premium kami.

Pengehosan berkongsi adalah di mana laman web anda diletakkan di dalam satu pelayan web (web server) yang dikongsi dengan orang lain. Anda berkongsi sumber pelayan web (web server resources) seperti kelajuan unit pemprosessan pelayan web (CPU), memori dan sistem operasi yang diguna pakai oleh pelayan web.

Walaupun anda berkongsi secara fizikal, namun anda mempunyai ruangan khusus di dalam pelayan web (yang hanya boleh diakses oleh anda) dan hak penggunaan jalur lebar untuk akaun anda. Apa yang berlaku adalah, apabila anda membina akaun pengehosan sebegini, satu direktori baru di bawah nama anda akan dibina dan semua data dan fail-fail untuk laman web anda akan dimasukkan di sini. Hanya anda sahaja yang mendapat akses ke direktori ini, dan anda juga tidak boleh mengakses direktori lain.

Pengehosan sebegini sesuai untuk mereka yang baru ingin memulakan laman web. Anda hanya dikenakan bayaran terhadap jumlah ruangan yang anda gunakan dan juga allokasi jalur lebar (bandwidth). Sumber pelayan web yang lain adalah dikongsi bersama-sama dengan pemilik laman web yang lain yang dihoskan di dalam pelayan web yang sama.

Sekiranya anda ingin memulakan laman web anda, sila semak Pelan Asas pengehosan laman web kami yang menggunakan konsep pengehosan berkongsi.

Pengehosan laman web (webhosting) adalah perkhidmatan penyewaan ruang untuk mengehos (meletakkan) laman web anda di internet. Laman web anda akan diletakkan di pelayan web (web server) - komputer yang dihubungkan dengan internet dan mempunyai alamat IP tersendiri. Berdasarkan rekod pelayan nama domain, pelayar internet akan mengarahkan nama domain anda kepada pelayan web yang seterusnya akan memaparkan laman web anda.

Terdapat pelbagai jenis pengehosan yang ditawarkan berdasarkan keperluan anda. Bermula dari pengehosan berkongsi, pengehosan pelayan web peribadi maya, pengehosan persendirian, pengehosan awan dan pelbagai lagi.

 

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.