Apa itu Pengehosan Awan


Pengehosan awan adalah konsep lama yang telah disempurnakan kini dengan kemajuan teknologi yang terbaru. Ianya menggunakan konsep penkomputeran awan (cloud computing) yang sedang sibuk diperkatakan.

Kaedah tradisional pengehosan adalah anda meletakkan laman web anda di dalam satu pelayan web (sama ada secara berkongsi, maya, atau persendirian). Dengan Pengehosan Awan, laman web anda kini diletakkan di awan yang terdiri daripada kluster-kluster pelayan web yang banyak. Setiap pelayan web akan berkongsi kuasa dan keupayaan untuk mempamerkan laman web anda. Ini menyebabkan kuasa dan keupayaan yang boleh anda miliki untuk laman web anda tidak terhad kepada kuasa dan keupayaan satu-satu pelayan web.

Apa yang menarik dengan pengehosan awan, bukanlah sahaja terhad akses kepada kuasa dan keupayaan pelayan web, yang boleh anda lakukan dengan menaik taraf pelayan web persendirian (dedicated server). Pengehosan awan membolehkan anda menambah dan mengurang pada bila-bila masa dan ketika yang anda mahukan. Dan anda hanya membayar apabila anda menggunakannya sahaja.

Dengan menaik taraf pelayan web anda, anda tetap membayar harga yang sama tidak kira anda hanya menggunakan 10% daripada kekuasaan dan keupayaan pelayan web, atau 100% kekuasaan dan keupayaan pelayan web. Dengan pengehosan awan, sekiranya anda menggunakan hanya 10% kekuasaan, anda hanya membayar untuk 10%, dan bila tetiba anda inginkan 100%, misalnya ketika melakukan sebarang promosi di mana anda bayangkan akan mempunyai banyak trafik ke laman web anda, hanya pasangkannya dan anda dikenakan bayaran untuk 100% untuk waktu itu. Dan apabila anda tidak mahu menggunakannya, hanya tutup kuasa dan keupayaan tambahan dan kembali membayar pada tahap biasa anda.

Sila rujuk kepada video di bawah yang menjelaskan tentang pengehosan awan dalam bahasa mudah.

Video: 
See video

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.