Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianPengehosan Pelayan Web Peribadi Maya (Virtual Private Server) adalah pengehosan di mana laman web anda diletakkan di dalam pelayan web (web server) maya yang tersendiri. Anda kini mempunyai kawalan dan hak penggunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web, iaitu kuasa pemprosessan pelayan web dan juga memori pelayan web selain daripada ruang dan akses kepada direktori laman web anda.
Walaupun, secara fizikalnya, anda masih berkongsi pelayan web dengan orang lain, namun pelayan web anda adalah tersendiri. Ini bermakna apa yang berlaku kepada pelayan web anda hanya untuk pelayan web anda, begitu juga sebaliknya. Anda tidak lagi berkongsi sumber pelayan web dengan orang lain.
Ini dilakukan dengan teknologi maya yang mana setiap bahagian komputer boleh diasingkan untuk menjadi beberapa komputer maya. Anda boleh Restart, Shutdown, Boot pelayan web anda sama seperti pelayan web biasa dan tidak mengganggu pelayan web peribadi maya yang lain yang wujud di dalam pelayan web fizikal bersama anda.
Pengehosan sebegini amat sesuai sekiranya anda memerlukan hak pengunaan eksklusif terhadap sumber pelayan web yang memastikan laman web anda dapat di akses tanpa sebarang gangguan luar pada harga yang lebih rendah berbanding menyewa pelayan web fizikal peribadi anda sendiri.
Pengehosan sebegini juga sesuai bagi mereka yang mahir tentang selok belok pengurusan pelayan web, kerana kini anda boleh mengurus pelayan web mengikut kehendak anda, memasang sebarang aplikasi sistem yang anda mahukan, dan banyak lagi.
Namun sekiranya anda tidak mahir dalam selok belok pengurusan pelayan web, tetapi mahukan keupayaan dan fungsi yang ditawarkan oleh pengehosan sebegini, hanya pilihlah Pelan Pengurusan Pelayan Web bersama-sama dengan pelan pengehosan ini.
Sekiranya anda berminat dengan pengehosan sebegini, sila semak pelan premium kami.