Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianSijil digital adalah sijil yang dikeluarkan oleh institusi-institusi bertauliah seperti Thawte untuk mengesahkan identiti dan kewujudan anda. Di dalam dunia internet di mana segala transaksi biasanya dilakukan secara maya, terdapat elemen ragu dan was-was mengenai kesasihan satu-satu maklumat yang diberikan, terutamanya sekiranya ianya melibatkan transaksi kewangan.
Dengan memasang sijil digital di laman web anda, anda mendapat pengesahan pihak ketiga daripada pengeluar sijil digital mengenai kesahihan mengenai kewujudan anda.
Data-data dan maklumat yang diberikan semasa transaksi internet juga melibatkan data-data sensitif dan peribadi seperti nombor kredit kad anda, alamat dan maklumat peribadi anda. Sijil digital juga mengesahkan bahawa data-data ini akan dienkrip dan tidak boleh dipintas oleh pihak ketiga.
Asafad Webshop menawarkan pelbagai jenis Sijil Digital yang boleh anda pilih untuk meningkatkan lagi keyakinan pelawat laman web anda ketika melawat laman web anda.