Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianBerdasarkan tahap pengesahan yang anda inginkan dan juga kos yang anda mahukan, pilihlah jenis sijil digital yang anda mahukan.
Setelah anda melakukan pembayaran dan pesanan anda dilakukan, thawte akan menghubungi anda di alamat pentadbir nama domain anda. Bergantung kepada jenis sijil digital yang anda pilih, anda mungkin akan diminta memberikan maklumat-maklumat tambahan, seperti rekod pendaftaran perniagaan anda.
Pastikan anda mempunyai akses ke alamat email pentadbir nama domain anda.
Terdapat pelbagai proses yang perlu anda lakukan dan anda perlu memasukkan beberapa data.
Setelah segalanya selesai thawte akan memberitahu bagaimana untuk memasangnya di akaun pengehosan anda. Sekiranya anda memilih akaun pengehosan dengan kami, kami boleh lakukan pemasangan secara percuma. Hanya berikan kami akses dan maklumat yang diberi oleh thawte dan kami akan lakukannya untuk anda.
Hanya laporkan kepada support@webshoppe.my untuk mendapatkan bantuan percuma ini. Kami akan memimpin anda langkah demi langkah sehinggalah ianya di pasang di akaun pengehosan anda.