Diskaun 35% untuk Pelan Asas Linux dan Memperkenalkan Pelan Asas Windows


Lanjutan daripada pengumuman kami yang sebelumnya, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami telah melengkapi Fasa 1 dalam proses kemaskini produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Asafad Web Shop.

Di antara perubahan-perubahan yang dilakukan pada Fasa 1 ini adalah:

  1. Penggabungan pelbagai pelayan web (web servers) Asafad Web Shop di atas satu platform yang membolehkan kami menawarkan produk dan perkhidmatan kami pada haga yang lebih kompetetif. Kami telah merombak harga kepada Pelan Asas kami terutamanya FP1000 dan FP2000 kepada RM65 dan RM130, penjimatan sehingga 35%.
  2. Penawaran pakej baru Pelan Asas Windows bagi mereka-mereka yang memerlukan pengehosan laman web berasaskan windows yang membolehkan anda menggunakan aplikasi-aplikasi web ASP.NET seperti Umbraco CMS, nopCommerce dan banyak lagi. Pelan Asas Windows yang ditawarkan juga adalah serasi dengan aplikasi-aplikasi PHP, Perl, CGI yang biasa anda gunakan sebelumnya.

Perubahan-perubahan tersebut dilakukan untuk persediaan kepada Fasa 2 kemaskini produk dan perkhidmatan Asafad Web Shop yang bakal menawarkan portfolio produk-produk dan perkhidmatan yang lebih menarik dalam usaha menjadikan Asafad Web Shop pusat tumpu utama untuk membina empayar anda di Internet.

 

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.