Gangguan Perkhidmatan Internet sehingga 2 May


Telekom Malaysia mengumumkan bahawa kerja-kerja membaikpulih rangkaian dasar laut yang menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Eropah akan menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan internet bagi pengguna-pengguna di Malaysia. Walaupun begitu, beberapa langkah, seperti menambah jalan dan laluan lain telah dilakukan untuk meminimalkan impak baik pulih ini.

Pengguna-pengguna internet mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengakses laman web dan maklumbalas yang lambat. Kami akan memantau dan akan mengemaskini anda dari masa ke semasa.

Asafad Web Shop mempunyai portfolio pelayan web (web server) di beberapa lokasi seluruh dunia dan akses kepada laman web anda akan dipantau. Walaupun majoritinya terletak di Malaysia dan kawasan serantaunya, beberapa aplikasi mungkin memerlukan pautan kepada pelayan-pelayan web kami di luar Malaysia.

Sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran, harap dapat hubungi support@webshoppe.my untuk bantuan.

 

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.