Pindaan kepada terma dan syarat pendaftaran nama domain .my, .com.my, .net.my, dan .org.my


.my DOMAIN REGISTRY, penyimpan daftar bagi nama domain Malaysia mengumumkan bahawa bermula dari 30 Julai 2009, semua pendaftaran nama domain baru bagi .my, .com.my, .org.my, dan .net.my, organisasi yang ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 dan Akta Profesyen Perundangan 1976 tidak perlu untuk menghantar dokumen sokongan kepada Agen Pendaftaran melainkan sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.

Anda diminta untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang anda berikan semasa mendaftar adalah lengkap, betul dan tepat. Walaupun begitu, sila ambil perhatian bahawa:

  • .my DOMAIN REGISTRY berhak untuk membekukan, membatalkan dan/ atau memindahkan nama domain yang didaftarkan sekiranya di dapati maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap, betul dan tepat semasa pemohonan untuk mendaftar nama domain tersebut.
  • .my DOMAIN REGISTRY berhak untuk melakukan pemeriksaan secara rawak kepada maklumat-maklumat pemohonan yang diberikan dari masa ke semasa.

.my DOMAIN REGISTRY juga telah menerbitkan Polisi dan Prosedur Nama Terkawal yang boleh diakses di http://www.domainregistry.my/regulated.php.

Harap maklum bahawa Perjanjian Pendaftaran Nama Domain .my Registry juga telah dipinda. Pindaan ini dilakukan selari dengan pengenalan dan penggunaan polisi dan prosedur nama terkawal di atas.

Sila rujuk kepada http://www.domainregistry.my/agreement.php untuk pindaan kepada "Perjanjian Pendaftaran Nama Domain" yang berkuatkuasa ke atas nama domain yang baru dan yang sedia ada.

Semua nama domain yang berdaftar dengan .my DOMAIN REGISTRY adalah tertakluk kepada pindaan perjanjian ini secara seerta merta. Sila ambil perhatian bahawa penerusan penggunaan nama domain yang sedia ada akan dianggap sebagai penerimaan terhadap pindaan perjanjian di atas.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.