99.9% Jaminan Masa Atas Talian


Asafad Web Shop sentiasa memastikan peralatan dan perkasasan kami sentiasa dalam status atas talian setiap masa. Ianya untuk memastikan laman web anda sentiasa boleh diakses oleh pelawat laman web anda. Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan apakah jaminan yang kami berikan.

Definisi Jaminan

Jaminan 99.9% masa atas talian bermaksud di dalam setahun, pelayan web kami boleh di akses sekurang-kurangnya 8,751 jam daripada 8,760 jam yang terdapat di dalam setahun dari sekurang-kurangnya satu lokasi. Sepanjang tempoh operasi kami, kami berjaya mengekalkan rekod masa atas talian lebih daripada jaminan yang kami berikan, dan dalam banyak keadaan rekod kami kekal pada tahap 100%.

Keadaan dan situasi di mana Jaminan ini tidak berkuatkuasa

Walau bagaimanapun, kami tidak memberi jaminan terhadap masalah akses ke laman web anda atau pelayan web kami yang disebabkan oleh faktor luaran dan di luar kawalan kami seperti:

  • Masalah akses kepada rangkaian data (network data) di luar rangkaian kami, seperti masalah rangkaian data di antara anda dan pembekal perkhidmatan internet (ISP) anda.
  • Serangan penafian akses (DDos) yang dilakukan kepada data anda.
  • Masalah rangkaian data pembekal perkhidmatan internet anda.
  • Isu DNS dan cache pelayar internet.

Walaupun kami tidak memberi jaminan ke atas faktor-faktor di atas, kami sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga agar ianya tidak berlaku kepada anda. Tindakan dan aksi kami dalam keadaan sedemikian adalah lebih berbentuk proaktif dan mesra pelanggan dan bukanlah sebahagian daripada tanggungjawab kami.

Kami mempunyai beberapa rangkaian pelayan web yang terletak di pelbagai lokasi geografi untuk memastikan bahawa sekiranya satu rangkaian gagal atau menghadapi masalah, lokasi yang lain tetap akan berfungsi. Ini adalah sebahagian daripada langkah proaktif dan mesra pelanggan yang kami lakukan untuk anda sebagai pelanggan kami yang kami hargai.

Aktiviti Pembaikkan dan Pemuliharaan Pelayan Web

Dalam beberapa keadaan dan untuk memastikan kami dapat memenuhi jaminan ini, kami akan melakukan beberapa aktiviti-aktiviti pembaikkan dan pemuliharaan pelayan web terancang. Dalam masa aktiviti tersebut anda mungkin akan mengalami masalah akses kepada pelayan web anda. Sila ambil perhatian bahawa kami akan memberikan pemberitahuan kepada anda mengenai pembaikkan dan pemuliharaan terancang ini sebelum ianya dilaksanakan dan akan mengemaskini anda dari masa ke semasa. Dalam banyak keadaan aktiviti ini dilakukan di luar waktu puncak agar ianya memberikan impak yang minimum kepada anda. Seperti kata pepatah "An apple a day, chase the doctor away". Dalam konteks kami, aktiviti pembalikkan dan pemuliharaan pelayan web terancang ini yang mungkin menggangu anda selama beberapa ketika dapat menyelamatkan daripada masalah yang lebih besar kepada kami dan anda.

Jaminan Kewangan

Masa tidak atas talian perlu disahkan oleh staf teknikal kami dan perlulah merujuk kepada statistik-statistik pihak ketiga yang disahkan oleh kami. Dan sekiranya ianya terbukti di mana kami gagal untuk memenuhi masa jaminan ini melebihi 0.1% daripada masa jaminan, kami akan menawarkan pulangan wang kepada bayaran pengehosan anda secara prorata. Anda perlu membuat laporan di sistem bantuan kami untuk mendapatkan pulangan wang ini.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai jaminan ini, sila hubungi kami di sales@webshoppe.my.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.