Jaminan Wang Dikembalikan


Asafad Web Shop yakin dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang kami sediakan. Untuk itu, kami menawarkan 30 hari jaminan wang dikembalikan. Dokumen ini akan menjelaskan mengenai jaminan ini dengan lebih lanjut.

Produk dan Perkhidmatan Yang Tertakluk kepada Jaminan Ini

Kesemua produk pengehosan laman web, pengehosan email dan pembangunan aplikasi web layak dan tertakluk kepada jaminan ini. Namun begitu, produk-produk berikut tidak tertakluk kepada Jaminan 30 hari wang dikembalikan.

Nama Domain

Pendaftaran nama domain baru yang telah berjaya didaftarkan dan juga pemindahan nama domain yang telah di laksanakan tidak tertakluk kepada jaminan ini. Ini adalah kerana nama domain yang telah didaftarkan tidak boleh dibatalkan pendaftarannya dalam apa jua keadaan. Ini termasuk pembatalan kepada salah ejaan, bertukar fikiran dan sebagainya. Untuk itu, kami nasihatkan agar anda berhati-hati dalam memilih dan memasukkan ejaan nama domain sebelum membuat pesanan.

Sijil Digital

Sijil Digital adalah merupakan sijil pengesahan kebenaran laman web anda. Proses pengesahan ini memerlukan kami dan juga pengeluar sijil digital melakukan beberapa pengesahan manual yang melibatkan kos yang tinggi. Setelah sijil digital dikeluarkan, anda tidak boleh membatalkannya.

Situasi dan Keadaan Di Mana Jaminan ini Tidak Sah

Jaminan ini tidak sah dan tidak boleh diguna pakai sekiranya akaun anda kami batalkan kerana melanggar terma penggunaan

Bagaimanakah Proses Pembayaran Dilakukan?

Dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembayaran, anda boleh menuntut pembayaran balik kepada produk-produk dan perkhidmatan yang tertakluk kepada jaminan ini dengan menghantar email kepada sales@webshoppe.my. Tuntutan ini hanya diterima melalui alamat email sah anda yang berdaftar dengan kami. Sebarang permintaan daripada alamat email yang lain tidak akan di layan.

Kami tidak memerlukan sebarang penjelasan dan maklum balas, namun sekiranya anda ingin menyuarakan masalah anda, kami bersedia untuk mendengar dan berbincang.

Pembayaran akan dilakukan setelah ditolak caj perkhidmatan sebanyak 8%.  Caj ini adalah untuk membiayai segala transaksi pembayaran semula kepada anda dan juga caj-caj yang dikenakan oleh pihak ketiga seperti bank, institusi kewangan dan sebagainya.

Pembayaran akan dibuat dalam bentuk pindahan wang kepada akaun bank yang anda pilih. Anda perlu menandatangani borang pelepasan hak (indemnity) yang mengesahkan bahawa tiada lagi liabiliti daripada pihak kami setelah kami melaksanakan pemulangan wang tersebut. Kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat salah yang anda berikan (sebagai contoh, salah nombor bank akaun, dsb).

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut mengenai jaminan ini, sila hantarkan email kepada sales@webshoppe.my.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.