Polisi Data Peribadi


Polisi Data Peribadi (Privacy Policy) Asafad Web Shop

Polisi Data Peribadi Kami dibentangkan khusus untuk membantu anda memahami bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dan untuk membantu anda membuat keputusan berpengetahuan apabila anda menggunakan laman web kami dan juga produk dan perkhidmatan kami.

Apakah Maklumat Yang Kami Kumpul?

Apabila anda melawat Laman Web Kami, anda mungkin akan memberikan kepada kami dua jenis maklumat:

  • Maklumat peribadi yang anda secara sedar dan rela memilih untuk memberikan kepada kami yang dikumpul secara individu, dan
  • Maklumat penggunaan Laman Web yang dikumpul secara pukal apabila anda dan orang lain melawat Laman Web Kami.

Maklumat Peribadi Yang Anda Pilih untuk Diberikan

Anda akan memberikan kepada kami maklumat mengenai diri anda, syarikat dan firma anda, dan pekerjaan anda apabila anda mendaftar sebagai ahli Asafad Web Shop, mendaftar untuk sesetengah perkhidmatan, atau mendaftar untuk mendapatkan maklumat terkini melalui email. Anda juga mungkin akan memberikan komen-komen tambahan mengenai bagaimana anda melihat Asafad Web Shop dapat memenuhi dan keperluan dan kemahuan anda.

Maklumat Email

Sekiranya anda memilih untuk berhubung dengan kami melalui email, kami mungkin akan menyimpan kandungan mesej email anda berserta dengan alamat email anda dan balasan/jawapan kami kepada anda.

Maklumat Penggunaan Laman Web

Sama seperti mana-mana laman web komersil, Laman Web Kami menggunakan teknologi standard yang dipanggil "Cookies" dan log data Pelayan Web (Web server logs) untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana Laman Web Kami digunakan. Maklumat yang dikumpul melalui cookies dan log data pelayan web mungkin mengandungi tarikh dan masa lawatan, halaman yang dilawati, tempoh masa lawatan, dan juga laman web yang dilawati sebelum dan selepas Laman Web Kami. Kami, dan juga agen-agen pemasaran kami mungkin akan menggunakan satu jenis kod kecil yang dinamakan "Web Beacons" atau "clear gifs" untuk mengenalpasti iklan manakah yang dilawati dan bagaimanakah respon terhadap iklan tersebut.

Bagaimanakah Kami Menggunakan Maklumat Yang Anda Berikan Kepada Kami?

Secara amnya, kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengurus dan memperkembangkan aktiviti perniagaan kami, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menyediakan produk-produk kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami. Dalam sesetengah keadaan kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami kumpul untuk memberitahu mengenai perubahan-perubahan penting di dalam laman web kami, perkhidmatan baru yang kami tawarkan dan promosi terkini yang kami rasakan berguna untuk anda. Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa sekiranya anda tidak mahu menerima maklumat-maklumat ini dengan menghantar email kepada sales@webshoppe.my

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi ini sila hubungi kami di sales@webshoppe.my

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.