Terma Penggunaan Yang Dibenarkan (Acceptable Use Policy) Asafad Web Shop
Terma penggunaan mengawalselia penggunaan perkhidmatan pengehosan laman web dengan Asafad Web Shop. Sebarang penggunaan yang bercanggah dengan Terma ini akan menyebabkan penggantungan dan penamatan perkhidmatan yang kami berikan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara interpretasi anda dan Asafad Web Shop mengenai terma ini, interpretasi Asafad Web Shop, secara komersil dan munasabah, adalah dianggap interpretasi muktamad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma ini, sila hubungi kami di sales@webshoppe.my.
Kandungan Terlarang
Anda TIDAK boleh memaparkan atau menyalurkan melalui perkhidmatan Asafad Web Shop sebarang kandungan yang Asafad Web Shop berpandapat ianya menggambarkan:
- pornografi kanak-kanak bawah umur
- pornografi yang diharamkan
- ganas yang terlampau, boleh memulakan aktiviti ganas, atau mengandungi kandungan yang bercorak memalukan dan ucapan benci atau fitnah.
- tidak adil atau menipu di bawah mana-mana undang-undang perlindungan pelanggan, termasuk surat berantai dan skim piramid.
- memudaratkan dan mencerobohi hak-hak peribadi seseorang.
- memberi risiko ke atas kesihatan dan keselamatan seseorang dan umum.
- menggangu gugat sekuriti negara, atau menggangu penyiasatan oleh pihak berwajib.
- secara tidak adil menyerlahkan rahsia perniagaan atau lain-lain maklumat sulit dan peribadi pihak lain.
- bertujuan untuk membantu pihak lain menggodam perlindungan hak teknikal.
- secara jelas bercanggah dengan tanda niaga dan perkhidmatan, paten, atau mana-mana hak pihak lain.
- membantu atau menjual dadah yang diharamkan, bercanggah dengan undang-undang eksport, penjudian haram atau penjualan senjata haram.
- perkongsian fail rakan kepada rakan seperti Kazaa, Edonkey, WinMX atau mana-mana aplikasi perkongsian fail p2p yang memerlukan tahap jalur lebar (bandwidth) yang tinggi dan penggunaan cpu yang tinggi. Aktiviti ini mempunyai kesan negatif kepada pengguna-pengguna lain dan tidak akan dibenarkan.
- mana-mana aktiviti yang diharamkan kepada anda di tempat anda dan kepada Asafad Web Shop di tempat kami.
- penggunaan untuk mengehos IRC, melainkan perkhidmatan yang dibina khusus untuk IRC.
Kandungan yang dianggap "memaparkan atau menyalurkan" melalui perkhidmatan Asafad Web Shop termasuk laman web, kandungan laman web, email, forum perbincangan, atau mana-mana jenis kiriman atau penyaluran yang bergantung kepada perkhidmatan internet yang disediakan oleh Asafad Web Shop.
Sekuriti
Anda perlu mengambil langkah-langkah munasabah mengenai sekuriti. Ana perlu mengawal katalaluan anda, dan anda digalakkan untuk menukar katalaluan anda dari masa ke semasa.
Email Komersil Pukal
Anda perlu mendapat kebenaran daripada Asafad Web Shop untuk menghantar mana-mana email komersil pukal (bulk email), yang mana tidak akan dibenarkan oleh Asafad Web Shop melainkan anda boleh membuktikan wujudnya perkara-perkara berikut kepada Asafad Web Shop, dan kami bersetuju mengenai kewujudannya.
- Penerima email yang bakal anda hantar telah memberikan kebenaran kepada anda untuk menerima email tersebut melalui mana-mana kaedah dan prosedur.
- Prosedur anda untuk mendapat kebenaran menghantar email mengandungi kaedah untuk membuktikan bahawa orang yang memberikan kebenaran adalah pemilik sah email tersebut.
- Anda menyimpan rekod kebenaran tersebut di dalam bentuk yang mudah untuk dihasilkan apabila diminta, dan anda menjawab secara jujur apabila diminta untuk menunjukkan bukti-bukti tersebut dalam masa 72 jam daripada waktu kami memohon maklumat tersebut.
- Kandungan email tersebut perlu mengandungi keterangan mengenai bagaimana alamat email tersebut diperolehi, sebagai contoh, "Anda menerima email ini kerana ada telah bersetuju untuk menerima email promosi dari laman web kami atau dari mana-mana laman web rakan kami," dan maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan rekod kebenaran sebagai bukti, sebagai contoh, "Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami mendapatkan alamat email anda sila hubungi kami di abuse@**nama_domain_anda**"
- Anda mempunyai prosedur yang telah digunapakai untuk membolehkan penerima email untuk membatalkan kebenaran yang diberikan sebelumnya - seperti pautan di dalam kandungan email, atau arahan untuk membalas email dengan subjek "Remove". Pembatalan kebenaran perlulah anda penuhi di dalam tempoh 72 jam, dan anda memaklumkan perkara yang sama kepada penerima email tersebut yang ingin membatalkan kebenaran mereka.
- Anda perlu memaparkan alamat email abuse@**nama_domain_anda** pada laman utama, laman web anda yang berkaitan dengan email tersebut, anda perlu mendaftar alamat email tersebut di abuse.net, dan anda perlu memberikan maklum balas kepada emailyang dihantar ke alamat tersebut.
- Anda perlu mempunyai Polisi Data Peribadi bagi setiap nama domain yang anda gunakan untuk menghantar email tersebut.
- Anda perlu mempunyai kaedah untuk mengesan aduan yang dihantar secara anonymous.
- Anda tidak melindungi bahawa email tersebut dihantar oleh anda. Email anda perlu memaparkan alamat penerima email di dalam kandungan email atau di ruangan TO email tersebut, dan
- Anda mematuhi Akta CAN SPAM atau mana-mana perundangan lain.
Polisi ini berkuatkuasa ke atas mesej-mesej yang dihantar menggunakan perkhidmatan Asafad Web Shop, atau ke atas mesej-mesej yang dihantar melalui mana-mana rangkaian oleh anda atau mana-mana pihak bagi pihak anda yang secara langsung atau tidak langsung berkait dengan laman web yang anda hoskan di Asafad Web Shop. Anda tidak patut menggunakan perkhidmatan email pihak ketiga yang tidak mengamalkan prosedur yang sama untuk semua pelanggannya.
Asafad Web Shop mungkin mencuba dan memantau kepatuhan anda kepada syarat-syarat di atas, termasuk memohon bukti kebenaran kepada mana-mana email yang dipilih secara rawak pada bila-bila masa.
Email yang tidak mendapat kebenaran
Anda tidak boleh menghantar email, sama ada secara individu atau pukal kepada mana-mana pihak yang telah menyatakan ketidakmahuan mereka untuk menerima email daripada anda.
Kandungan Yang Dilindungi oleh Hakcipta
Anda tidak boleh memapar, mengedar atau menyalin dalam segala bentuk, muzik, perisian, hasil seni, atau mana-mana bahan yang dilindungi oleh hakcipta dan undang-undang hakcipta, melainkan:
- Anda telah mendapat kebenaran daripada empunya hakcipta untuk membuat salinan hasil kerjanya sedemikian rupa.
- Anda telah mendapat kebenaran daripada mana-mana undang-undang yang sah untuk menggunakannya dan membuat salinan sedemikian rupa.
Asafad Web Shop akan menamatkan perkhidmatannya sekiranya terdapat penyalahgunaan hakcipta yang berulang.
Penafian
Asafad Web Shop tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai tanggungjawab berdasarkan Terma Penggunaan ini untuk memantau aktiviti-aktiviti pelanggan-pelangan kami dan menafikan sebarang tanggungjawab di atas salahguna yang dilakukan menggunakan fasiliti Asafad Web Shop.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Terma Penggunaan ini sila hantarkan persoalan anda kepada sales@webshoppe.my