Terima kasih kerana berminat untuk memindahkan nama domain anda untuk diurustadbir oleh sistem kami. Sekiranya anda telah mempunyai domain berdaftar, inilah masanya untuk menikmati harga pembaharuan semula kami yang terendah. Masukkan nama domain anda diruangan di bawah.
Sekiranya nama domain anda belum berdaftar, sila gunakan borang pendaftaran nama domain baru.
Maklumat Penting Mengenai Pemindahan Domain
- Pemindahan domain akan menyebabkan 1 tahun lagi ditambah kepada tarikh tamatnya sekarang, jadi anda tidak akan menerima sebarang kerugian mengenai tempoh yang telah anda bayar, dan tiada tempoh bertindih.
- Sila pastikan bahawa anda mempunyai akses kepada alamat email Admin untuk domain ini. Proses pemindahan kami adalah berasaskan email, jadi sekiranya alamat email Admin ini bukan alamat email anda, proses pemindahan akan gagal.
- Sila pastikan nama domain yang ingin anda pindahkan masih dalam status AKTIF dan tidak lagi tamat tempoh pendaftarannya. Anda adalah digalakkan untuk memulakan proses pemindahan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tamat tempoh pendaftaran domain ini untuk memastikan segala proses yang perlu diambil dapat disempurnakan.
- Semua nama domain .info, .us, .biz dan .org memerlukan kod pengesahan sebelum ianya boleh dipindahkan. Pastikan anda mendapatkan kod ini daripada pendaftar nama domain sekarang (di mana nama domain ini didaftarkan).
- Kami tidak boleh membuat proses pemindahan bagi nama domain yang berusia kurang dari 60 hari. Sekiranya anda mendaftar nama domain tersebut dalam tempoh 60 hari, sila tunggu sehingga ianya melebihi tempoh 60 hari sebelum memulakan proses pemindahan.
- Sila pastikan bahawa nama domain yang ingin dipindahkan tidak DIKUNCI oleh pendaftar nama domain sekarang. Sila hubungi pendaftar domain sekarang untuk memastikan ianya tidak disekat atau dikunci.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai langkah-langkah untuk memindahkan nama domain kepada Asafad Web Shop, sila hantarkan email kepada sales@webshoppe.my.
Produk dan Perkhidmatan Berkaitan