Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianBagi setiap pembelian nama domain baru, kami menawarkan Perlindungan Maklumat Data Peribadi bagi Nama domain. Seperti yang anda ketahui, mengikut syarat dan terma pendaftaran nama domain, anda perlu memberikan maklumat perhubungan anda. Maklumat ini akan dipaparkan apabila seseorang melakukan pencarian whois. Data ini perlu bagi membolehkan anda dihubungi mengenai nama domain anda (seperi Yellow Pages dan Buku Telefon).
Namun kemudahan ini, walaupun bertujuan baik, ianya telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (spammers) untuk menghantar email-email spam ke alamat email anda. Bukan itu sahaja, alamat pejabat (kediaman) anda juga kekadang digunakan untuk menghantar risalah-risalah pengiklanan yang tidak anda kehendaki.
Anda juga akan dihubungi melalui telefon (panggilan telefon/sms) oleh pihak-pihak yang tidak anda ingini.
Bagaimana Perlindungan Maklumat Data Peribadi Nama Domain Asafad Dilakukan
Berdasarkan kepada perjanjian dengan pendaftar nama domain, perlindungan maklumat data peribadi tidak boleh digunakan untuk ekstensi nama-nama domain berikut.
.TEL, .EU, .CO.IN, .NET.IN, .ORG.IN, .GEN.IN, .FIRM.IN, .CO.UK, .ME.UK, .ORG.UK, .IN, .US, .ASIA, dan kesemua domain Malaysia (.MY).