Laporan dan Analisis Data


Setelah anda menghantar email kempen anda, anda mempunyai akses kepada pelbagai laporan yang akan memberitahu anda bagaimana pelanggan anda memberikan reaksi. Lihat siapa yang telah membuka email anda, siapa yang memanjangkan (forward) email tersebut kepada rakan mereka, siapa yang membatalkan langganan, juga siapa yang melabelkan anda sebagai SPAM.

Laporan yang disediakan bermula daripada gambaran keseluruhan kempen yang anda lakukan sehingga kepada tahap pelanggan dan lihat jangkamasa dari masa anda hantar dan apa yang mereka lakukan dengan email anda.

Anda juga boleh melihat sejarah anda dengan satu-satu pelanggan. Lihat kempen yang manakah yang dia buka, yang mana yang dia tidak suka, yang mana yang di panjangkan kepada orang lain. Ini penting bagi anda merancang strategi anda di masa hadapan.

Sekiranya anda mempunyai pelbagai kempen, anda boleh membuat perbandingan di antara kempen-kempen anda yang terdahulu. Statistik siapa yang buka dan siapa yang tidak buka amat penting untuk setiap kempen, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimanakah corak penerimaan bagi setiap kempen yang anda lakukan. Dengan membuat perbandingan anda boleh ketahui apakah yang berkesan dan tidak.

Dengan melihat statistik ini juga, anda boleh melihat apakah maklumat yang pelanggan anda rasakan relevan atau sesuai apakah yang tidak.

Tidak cukup dengan maklumat di atas, anda juga boleh mengetahui apakah aplikasi email yang mereka gunakan. Dengan maklumat ini, mudah untuk anda membina email anda di masa hadapan dan menggunakan aplikasi semakan kami untuk menentukan sama ada ianya akan dipapar dengan betul dalam aplikasi pemaca email pelanggan anda.


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.