Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli Pembelian
Bagi mereka yang kreatif dan mempunyai reka bentuk email yang menarik, hanya bina menggunakan aplikasi anda sendiri dan importkan reka bentuk tersebut ke dalam sistem kami untuk digunakan. Peralatan kami juga mampu untuk membetulkan beberapa kod CSS secara automatik agar ianya dapat dipaparkan dengan betul di dalam aplikasi pembaca email seperti Outlook dan Gmail yang mempunyai kod-kod yang tersendiri.
Memeriksa dan memastikan reka bentuk email anda dapat dipaparkan dengan betul dalam setiap aplikasi email yang wujud memang memakan masa yang lama dan tenaga. Kami mempunyai peralatan untuk melakukannya untuk anda. Setelah anda mengimport reka bentuk anda, hanya klik satu butang untuk menyemak sama ada ianya dapat dipaparkan dengan betul dalam lebih dari 20 jenis aplikasi pembaca email, sama ada aplikasi yang dipasang di komputer, webmail mahupun menggunakan telefon bimbit.
Sistem kami juga mampu untuk menyemak sama ada email anda akan lepas beberapa tapisan SPAM yang wujud. Sistem kami bukanlah bertujuan untuk anda menghantar email-email SPAM, tetapi di sebabkan terlalu banyak SPAM, kekadang email kempen yang tulin seperti anda mungkin akan disekat. Kami akan menyemak dan memberikan laporan kepada anda sama ada email anda akan disekat atau tidak.