Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli Pembeliane-Kempen akan secara automatik mengurus langganan baru, memadam dari senarai langganan (sekiranya diminta oleh penerima email), email yang dipulangkan semula (bounced email) dan juga laporan SPAM (yang mungkin dilakukan oleh penerima email anda). Kami akan memastikan email anda tidak dilabel sebagai SPAM (disebabkan itu, kami melakukan proses pengesahan manual kepada email anda).
Setiap email yang anda hantar akan mengandungi pautan untuk memadam dari senarai dan pusat pengurusan kami juga akan memberi akses kepada pelanggan anda untuk mengurus langganan mereka. Anda hanya perlu menumpukan kepada pembikinan email dan kandungan email. Kami akan uruskan perkara-perkara remeh temeh ini untuk anda.
Anda boleh membina sebanyak mana senarai yang anda mahukan. Bayaran hanya dikenakan apabila anda menghantar email kempen. Pengurusan senarai email seberapa banyak yang anda mahu adalah PERCUMA.
Anda juga boleh membina borang langganan (dan membatalkan langganan) yang boleh anda salin dan lekat (copy and paste) di laman web anda dan hantar email pengesahan apabila sesuatu pelanggan melanggan.
Anda juga boleh membina ruangan-ruangan tambahan untuk merekodkan data-data lain mengenai pelanggan anda. Sama ada alamat, warna kegemaran, dan sebagainya yang boleh anda gunakan untuk kempen-kempen anda di masa akan datang. Bukan itu sahaja, setelah anda membina ruangan-ruangan ini, anda boleh menggunakannya untuk memperibadikan email yang anda hantar kepada mereka.
Sebagai contoh, sekiranya anda membina ruangan kegemaran di dalam borang langganan anda, dan mereka memasukkan data seperti melancong, membaca, dan sebagainya. Di dalam email kempen anda, anda boleh gunakan data ini di awal mesej anda. Seperti misalnya
Hi abu, bagaimana dengan aktiviti melancong anda?
Hi ahmad, bagaimana dengan aktiviti membaca anda?
Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat segmen di dalam senarai pelanggan anda dan menghantar kempen yang dikhususkan untuk satu-satu segmen. Menarik bukan?