Kaji Selidik Atas Talian (Online Survey)


Dalam apa jua yang anda lakukan, kekadang dan dalam banyak keadaan, anda perlu mendapatkan pandangan dan komen dari pelanggan-pelanggan atau ahli-ahli anda mengenai produk, perkhidmatan, aktiviti yang anda lakukan. Dan bukankah lebih mudah sekiranya ianya boleh dilakukan secara atas talian (online). Ianya lebih mudah dan dapat diselenggara dengan mudah.

Kaedah tradisional yang sering dilakukan adalah dengan membina soalan-soalan pelbagai bentuk dan kemudian membuat salinan soalan-soalan itu dan kemudiannya anda edarkan kepada orang yang anda inin dapatkan pandangan. Selepas anda menerima jawapan dari mereka, anda kemudiannya akan membuat analisa satu persatu, merumuskan jawapan yang diterima.

Dalam banyak keadaan juga, katalah anda menghantar 100 borang kaji selidik, kemungkinan besar anda hanya akan menerima 20 atau 30 respon. Namun disebabkan konsep perselindungan (anonymous), anda tidak tahu sapa yang dah membalas atau memberikan respon.

Kami boleh membantu anda menyelesaikan kekusutan itu. Aplikasi kaji selidik atas talian kami mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Pembinaan, pengurusan dan analisa data secara atas talian 100%.
  • Tiada had jumlah soalan yang boleh anda lakukan.
  • Tiada had peserta kaji selidik anda.
  • Terdapat pelbagai jenis format soalan yang boleh anda pilih (Ya/Tidak, Nilaian 1- 10, Matriks, dan banyak lagi).
  • Mampu untuk membina soalan-soalan bersyarat. (e.g. Sekiranya peserta menjawab Tidak, bagi soalan 1, dia akan terus di bawa ke soalan 5).
  • Boleh memasukkan gambar, grafik, video di dalam kaji selidik anda.
  • Boleh membina kaji selidik tertutup (iaitu hanya terhad kepada peserta yang anda jemput) atau kaji selidik terbuka.
  • Menghantar e-mail pemberitahuan secara automatik kepada peserta anda, email peringatan sekiranya mereka masih tidak melengkapi kaji selidik tersebut, dan email terima kasih setelah selesai memberikan jawapan kepada kaji selidik.
  • Penghasilan graf respons secara automatik.
  • Data respon juga boleh dimuat turun dalam pelbagai bentuk (seperti Excel, dsb) untuk analisa selanjutnya.

 dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti pautan-pautan berikut atau hubungi kami di sales@webshoppe.my


Produk dan Perkhidmatan Berkaitan
contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.