500 Email Panjangan (Forwarders) dan Alias


Email panjangan/alias adalah konfigurasi yang membolehkan semua email yang dihantar ke alamat tersebut akan dipanjangkan ke alamat email yang lain. Dengan kemudahan ini anda boleh melakukan banyak perkara. Berikut adalah antara contoh-contoh penggunaan kemudahan ini:

Encik Ahmad telah meninggalkan syarikat anda. Dalam proses 2 - 3 bulan dari tarikh penamatan perkhidmatan beliau, semua email yang dihantar ke alamat beliau (ahmad@syarikatanda.com) perlu dipanjangkan kepada Puan Aminah (pengganti beliau). Untuk melakukan ini, hanya tetapkan di dalam aturan email bahawa semua email yang dihantar ke alamat ahmad@syarikatanda.com kepada aminah@syarikatanda.com.

Abu Ali menggunakan alamat email abu.ali@syarikatanda.com sebagai alamat email utama. Dalam masa yang sama, beliau mempunyai alamat emil abua@syarikatanda.com. Abu mengkehendaki bahawa semua email yang dihantar ke alamat abua@syarikatanda.com kepada abu.ali@syarikatanda.com. Dengan cara ini beliau tidak perlu membuka dua email untuk memeriksa mesej-mesej yang dihantar.

Jabatan Jualan anda mempunyai alamat email yang dikongsi iaitu jualan@syarikatanda.com. Ianya dilakukan untuk memudahkan pelanggan anda menghantar email kepada syarikat anda. Dalam masa yang sama anda mahu semua pekerja di dalam Jabatan Jualan untuk menerima email ini agar Aminah, Abu dan Ali mendapat salinan email ini kerana alamat email utama (jualan@syarikatanda.com) jarang disemak. Untuk itu, anda boleh mengkonfigur agar semua email yang dihantar ke alamat jualan@syarikatanda.com dipanjangkan ke aminah@syarikatanda.com, abu.ali@syarikatanda.com dan ali@syarikatanda.com.

Dan banyak lagi.

Anda boleh membina sebanyak 500 peraturan seperti di atas dipanel kawalan email yang kami berikan kepada anda. Anda juga boleh menetapkan pilihan tersebut daripada antaramuka email berasaskan web.


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.