Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianSistem email kami membolehkan anda memuat turun dan menyemak email anda menggunakan aplikasi email di komputer anda. Anda tidak semestinya hanya perlu menggunakan email berasaskan web sahaja.
Menggunakan perkhidmatan POP3 kami, anda boleh memuat turun semua email anda apabila anda mempunyai pautan internet dan kemudiannya menyemak dan memanipulasi mesej yang dimuat turun tanpa perlu untuk anda mengekalkan pautan internet tersebut. Perkhidmatan kam juga memberi pilihan untuk anda meninggalkan mesej email anda di pelayan kami - yang amat berguna sekiranya anda ingin memuat turun email yang sama dari komputer yang lain, atau untuk membacanya menggunakan aplikasi email berasaskan web pada masa lain, atau hanya sekadar untuk menjadikannya sebagai backup sekiranya sesuatu berlaku kepada komputer anda.
Kami adalah di antara syarikat pengehosan yang membenarkan anda mengakses email anda melalui IMAP (alternatif moden untuk POP3). IMAP menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan untuk memuat turun email dan lampiran email tertentu sahaja (mengikut pilihan anda), kemudahan untuk mengubahsuai dan manipulasi direktori-direktori di dalam pelayan web, keupayaan untuk membuat pencarian email di pelayan web email, dan banyak lagi.