Alamat Email Asas (Catch All)


Alamat email asas adalah alamat email yang akan menerima mesej atau email yang dihantar kepada alamat email yang tidak wujud bagi nama domain anda. Sebagai contoh, sekiranya seseorang menghantar email ke mngmt@syarikatanda.com dan alamat tersebut tidak wujud, mesej/email tersebut akan disimpan di dalam alamat email asas. Kemudahan ini memastikan bahawa email yang sah dan kemungkinan penting yang dihantar kepada anda tidak terlepas.

Alamat emai asas boleh dikonfigur untuk:

  • Menyimpan semua email yang diterima (inbox).
  • Memanjangkan (forward) email yang diterima kepada satu atau lebih dari satu alamat email yang lain.
  • Menghantar jawapan email automatik.
  • Melatunkan semula email (bouce).
  • Memadam email yang diterima secara senyap tanpa dilantunkan semula.

 


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.