Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianDengan mengaktifkan pilihan jawapan-automatik akan menyebabkan email jawapan akan dihantar oleh sistem apabila satu-satu email baru diterima bagi akaun tertentu. Jawapan-Automatik selalunya digunakan dalam keadaan berikut:
Mesej Percutian - Pemberitahuan kepada penghantar email bahawa anda sedang bercuti, maka sekiranya terdapat perkara penting mereka boleh menghubungi orang yang anda pilih. Sebagai contoh mesej yang boleh anda lakukan "Saya sekarang berada di luar negara dan mempunyai akses email yang terhad. Saya aka kembali pada 5 Jun 2009. Sekiranya anda mempunyai mesej penting untuk disampaikan, sila hubungi Encik Abu di 03-555000 atau abu.ali@syarikatanda.com."
Pengesahan Penerimaan - Pemberitahuan bahawa email yang mereka hantar di alamat email ini telah diterima. Sebagai contoh anda boleh gunakan seperti berikut "Terima kasih kerana menghubungi SyarikatAnda. Mesej ini adalah pemberitahuan bahawa email anda telah kami terima dan salah seorang wakil kami sedang meneliti mesej anda dan menghantarkan jawapan"
Lain-lain Contoh Penggunaan - Anda juga boleh membina satu sistem yang canggih seperti penghantaran makalah secara automatik. Sebagai contoh anda telah melampirkan makalah mengenai produk anda di dalam jawapan automatik ke alamat email produk.A@syarikatanda.com. Jadi bagi mereka yang menghantar email ke produk.A@syarikatanda.com akan secara automatik menerima makalah mengenai produk A.