Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianMemperkenalkan MasaMail, pelan pengehosan email unggul. Pelan ini direka khusus bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan email khusus (peribadi/syarikat) yang hampir bebas dari SPAM. Ianya adalah merupakan pengganti mutlak kepada perkhidmatan-perkhidmatan email percuma seperti Hotmail, Yahoo! Mail dan GMail. Namun berbanding dengan perkhidmatan-perkhidmatan email percuma, anda kini boleh memiliki alamat email dengan nama anda sendiri.
Kebanyakkan pelan pengehosan email yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain menetapkan had kepada bilangan email akaun yang boleh anda bina dan juga ruangan simpanan terhad yang perlu anda agih-agihkan kepada alamat email anda. Kami menawarkan perkhidmatan pengehosan email tanpa menghadkan bilangan akaun email yang boleh anda lakukan dan setiap akaun mempunyai ruang simpan sebanyak 1GB. Sekiranya anda mempunyai 1,000 akaun email anda secara automatik mendapat jumlah simpanan sebanyak 1,000GB.
Berikut adalah ciri-ciri pengehosan email yang kami tawarkan.
| Konfigurasi | MasaMail |
|---|---|
| Bilangan Email Akaun | Tiada Had |
| Ruang Simpan Bagi SETIAP Akaun | 2 GB |
| Akses SMTP/POP3/IMAP | Ya |
| Akses WebMail (Atas Talian) | Ya |
| Panjangan Email (Email Forwarders) / Alias Email | Ya |
| Senarai Email (Mailing Lists) | Ya |
| Enjin Jawapan Automatik semasa cuti | Ya |
| Perlindungan Virus | Ya |
| Perlindungan SPAM | Ya |
| Harga Setahun | RM50 |
| Harga Dengan Pelan Pengehosan Laman Web (Setahun)* | RM30 |
| Pesan Sekarang |
|
Fungsi dan ciri WebMail yang kami tawarkan:
| Konfigurasi | MasaMail |
|---|---|
| Kalendar / Senarai Kerja (Task Lists) | Ya |
| Serasi dengan email HTML penuh | Ya |
| Buku Alamat Online (Online Address Book) | Ya |
| Pengurusan Direktori (Folder) | Ya |
| Serasi dengan Tarik Dan Jatuhkan (Drag and Drop) | Ya |
| Acuan Mesej (Message Templates) | Ya |
| Susunan dan Pencarian (Sorting and Searching) | Ya |
*Harga dengan pembelian pengehosan laman web adalah harga yang kami tawarkan sekiranya anda membeli pakej ini sebagai Add-On semasa pesanan pengehosan lamn web anda. Perlu di ambil perhatian bahawa sekiranya anda membuat pesanan ini bersama dengan pelan pengehosan laman web, jumlah akaun email yang dipaparkan di dalam konfigurasi pelan pengehosan anda tidak lagi relevan.