Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianPihak-pihak yang tidak bertanggungjawab (spammers) kini telah mula menggunakan kaedah yang sofistikated seperti Serangan Penuaian Kamus (Dictionary Harverst Attack) untuk mengumpul alamat email korporat dan menmbahnya di dalam senarai alamat email yang ingin di spam. Contoh tipikal bagaimana DHA digunakan adalah dengan cuba menghantar email kepada nama-nama biasa digunakan seperti mohamad@syarikatanda.com, m.ali@syarikatanda.com, mohd.ali@syarikatanda.com. Dengan mencuba-cuba meneka alamat email yang wujud di dalam pelayan email anda, dan sekiranya email yang dihantar tidak ditolak kembali (rejected) maka mereka tahu bahawa alamat email itu wujud dan sah. Seteleh ribuan dan jutaan percubaan dilakukan, mereka akan dapat mengumpul hampir kebanyakkan alamat email yang terdapat di dalam syarikat anda dan kemudian menjualnya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lain.
Jadi, walaupun pengguna anda begitu berhati-hati dalam memberikan alamat email kepada rakan-rakan dan rakan niaga mereka, dan tidak menggunakannya untuk mendaftar di mana-mana laman web mahupun forum-forum, mereka masih tidak terlindung dari menerima SPAM menggunakan teknik di atas.
Bukan itu sahaja, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab akan menghantar berpuluh-puluh jutaan email ke alamat tersebut sehinggakan pelayan email anda sesak dan tidak boleh memproses, atau memakan masa yang lama untuk memproses email-email tersebut. Serangan ini adalah jenis denial-of-service (penafian perkhidmatan). Jika tidak dibendung ianya akan menyebabkan pelayan email anda akan beku dan tidak boleh berfungsi.
Sistem email MasaMail secara automatik akan mengesan serangan DHA ini dan melupuskannya. Ianya direka untuk melindung pengguna-pengguna email anda dari serangan-serangan besar. Sehingga kini, sistem kami berjaya menyekat beberapa kes-kes sedemikian setiap hari.