Perniagaan Pengehosan Laman Web Unggul


Pakej ini adalah sesuai bagi mereka yang ingin membina perniagaan pengehosan laman web sendiri. Kami menawarkan pakej lengkap di mana anda boleh menjual nama domain dan pengehosan laman web. Kami akan menyediakan ruangan dan tapak perniagaan anda tanpa jenama, dalam erti kata lain, kami terlindung sepenuhnya daripada pelanggan anda.

Anda hanya perlu membeli ruangan di dalam pelayan web kami secara pukal yang akan kami labelkan sebagai pelayan web anda dengan memberi dua nama pelayan web (domain name server atau DNS) secara percuma.

Anda bebas untuk membina pakej anda sendiri dan harga anda sendiri. Anda mempunyai kawalan penuh untuk mengurus pelanggan-pelanggan anda di mana kami akan memberikan akses kepada WebHostManager (bagi konfigurasi Linux) dan Parallels Plesk (bagi konfigurasi Windows), aplikasi pengurusan akaun-akaun pengehosa laman web anda.

Bukan itu saja, anda akan diberikan diskaun apabila anda juga membuat pesanan nama domain bagi pihak pelanggan anda.

Dalam kerjasama ini, anda boleh membina perniagaan pengehosan laman web tanpa perlu risau tentang masalah-masalah teknikal berkaitan dengan pengurusan pelayan web. Itu tugas kami. Anda hanya perlu menjual dan mengurus pelanggan anda.

Sebagai tambahan, anda juga boleh membuat pesanan kepada kami tentang aplikasi-aplikasi pengurusan perniagaan pengehosan laman web pada harga yang berpatutan. Mulakan perniagaan pengehosan laman web anda hari ini.

Berikut adalah pakej-pakej yang kami tawarkan di dalam kerjasama ini. Kami menawarkan pakej-pakej konfigurasi Linux dan juga Windows. Pilihlah pakej yang bersesuaian dengan anda.


contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.