Ruangan Pelanggan
Bantuan Pelanggan
Troli PembelianSebagai agen jualan kami, anda layak menikmati harga-harga diskaun berbanding dengan harga runcit yang kami tawarkan. Tahap diskaun anda adalah bergantung kepada deposit awalan atau jumlah jualan.
Deposit awalan bukanlah yuran atau fi yang perlu anda bayar untuk menikmati harga diskaun ini. Ianya akan digunakan secara sepenuhnya (100%) untuk membayar produk-produk yang anda beli melalui laman web kami. Deposit awalan hanya perlu di bayar sekali sahaja dan anda tidak perlu untuk mengekalkan sebarang baki minima (walau bagaimanapun pembelian anda hanya akan diproses apabila jumlah kredit anda mencukupi untuk membayar produk dan perkhidmatan yang anda beli).
Untuk menjelaskan perkara ini, berikut adalah ilustrasi bagaimana deposit awalan dan jumlah jualan berfungsi.
Anda memilih untuk menjadi agen jualan nama domain dan memilih pakej AD1. Untuk itu anda perlu membayar deposit awalan sebanyak RM300. Setelah pembayaran anda diterima, maka anda layak untuk membeli nama-nama domain pada harga yang kami tawarkan di peringkat AD1. Sebagai contoh, harga untuk domain .com bagi peringkat AD1 adalah RM34 setahun.
Pada bulan pertama, anda menjual 7 nama domain .com. Pada peringkat AD1, kos pembelian anda adalah RM34 x 7 domain = RM238. RM238 ini akan ditolak daripada deposit awalan yang telah anda bayar kepada kami, menyebabkan baki deposit anda pada hujung bulan pertama adalah RM62.
| Akaun Deposit | |
|---|---|
| Deposit Awalan | RM300 |
| Jumlah Jualan Bulan 1 (7 domain x RM34) | (RM238) |
| Baki deposit | RM 62 |
Pada bulan kedua, baki deposit RM62 anda hanya cukup untuk membeli 1 lagi domain .com, maka anda kemudiannya menambah deposit anda sebanyak RM300 lagi. Kini, jumlah deposit yang telah anda bayar kepada kami adalah RM600 (RM300 pada bulan pertama, dan RM300 pada bulan kedua). Untuk itu, anda kini berada di tahap AD2 yang mana harga bagi nama domain .com misalnya adalah RM34. Harga kos baru akan diguna bagi nama-nama domain yang anda daftar selepas pembayaran RM300 pada bulan kedua.
Pada bulan kedua juga anda menjual sebanyak 10 lagi nama domain. 1 domain di daftarkan sebelum anda membayar deposit RM300 dan yang selebihnya selepas anda membayar deposit RM300.
| Akaun Deposit | |
|---|---|
| Baki deposit pada bulan 1 | RM 62 |
| Kos 1 domain | (RM 34) |
| Deposit tambahan (harga baru berkuatkuasa) | RM300 |
| Kos 9 domain pada harga peringkat AD2 | (RM306) |
| Baki deposit pada bulan 2 | RM 22 |
Pada bulan ketiga anda tidak membuat sebarang jualan mahupun sebarang penambahan deposit.
| Akaun Deposit | |
|---|---|
| Baki deposit pada bulan 2 | RM 22 |
| Deposit tambahan | - |
| Jualan | - |
| Baki deposit pada bulan 3 | RM 22 |
Pada bulan keempat anda membayar deposit sebanyak RM400 dan menjual 3 domain selepas anda membuat bayaran deposit. Jumlah deposit anda kini adalah RM1,000 (RM300 pada bulan pertama, RM300 pada bulan kedua dan RM400 pada bulan keempat). Anda kini berada di tahap AD3, di mana kos bagi nama domain .com misalnya adalah RM31.
| Akaun Deposit | |
|---|---|
| Baki deposit pada bulan 3 | RM 22 |
| Deposit tambahan | RM400 |
| Jualan 3 nama domain pada harga baru | (RM 93) |
| Baki deposit pada bulan 4 | RM329 |
Bermula dari bulan keempat dan seterusnya, anda akan sentiasa menikmati harga diskaun maksimum pada tahap AD3. Harga diskaun ini akan kekal selagi mana anda menjadi agen jualan kami. Harga diskaun tidak akan direset semula dan selama mana anda bersama kami, selama itulah harga diskaun di tahap AD3 akan kami gunakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai keterangan di atas, sila hubungi kami dengan menghantar email kepada sales@webshoppe.my