Bagaimana untuk memilih nama domain yang sesuai


Memilih nama domain adalah merupakan satu langkah awal yang paling penting di dalam membina empayar anda di Internet. Nama domain adalah merupakan alamat yang akan menunjuk ke arah laman web anda. Selain daripada mempunyai nama domain yang sesuai, nama domain juga akan diindekskan oleh enjin-enjin pencarian seperti Yahoo!, Google, Live, Lycos dan sebagainya. Ini memudahkan pelawat laman web anda mencari laman web anda.

Bagi mereka yang baru di dalam dunia internet, nama domain adalah merupakan alamat yang akan ditaip untuk menunjuk kepada laman web anda. Ianya bermula dengan www dan di akhiri dengan pelbagai extensi domain (seperti .com, .net, .org, .my dan sebagainya). Jadi di antara www dan extensi domain, anda perlu meletakkan satu nama yang unik menggambarkan lamn web anda.

Langkah 1 - Fikirkan nama yang sesuai yang menggambarkan laman web anda

Sekiranya laman web anda adalah laman web perniagaan, dan nama yang sesuai mungkin nama jenama produk anda, nama syarikat anda, nama perniagaan anda. Namun dalam banyak keadaan mungkin nama yang anda inginkan telah diguna pakai oleh orang lain. Untuk itu, fikirkan lagi nama lain yang sesuai yang menggambarkan laman web anda. Pastikan anda mempunya beberapa pilihan.

Adalah menjadi satu perkara penting di sini, anda tidak menggunakan nama-nama yang telah dipatenkan sebagai nama dagangan. Ini amat penting kerana anda mungkin akan berhadapan dengan masalah perundangan sekiranya pemilik paten tersebut menuntut haknya.

Seperti yang di katakan di atas, nama domain akan diindekskan (seperti buku telefon) oleh enjin-enjin pencarian nama domain di mana ianya boleh dicari oleh pelawat laman web anda. Anda mungkin juga boleh menggunakan keterangan ringkas sebagai nama domain anda. Namun begitu, jangan keterlaluan, kerana nama domain yang terlalu panjang seperti www.kedaisewabajupengantin.com bukanlah yang anda mahukan.

Pastikan ianya mudah dan senang untuk ditaip. Walaupun nama domain boleh mempunyai tanda hypen / dash, seperti rumah-ku.net misalnya, ianya mungkin akan menyusahkan pelawat laman web anda untuk menaipnya. Sekiranya laman web anda dalam bahasa inggeris, pastikan ianya juga mengambil kira aksara-aksara tambahan yang menggambarkan singular dan plural. Sebagai contoh www.car.com dan www.cars.com adalah dua kemungkinan dan pelawat laman web anda mungkin akan tersilap taip dan memasuki laman web yang bukan anda miliki.

Mempunyai laman web yang mana ejaannya susah juga adalah bukans ati tindakan yang bijak. Ini akan mengelirukan pelawat laman web anda dan susah untuk diingati. Sebagai contoh mahkamahsyariah.com atau mahkamahshariah.com.

Dalam contoh-contoh di atas melainkan anda memiliki atau ingin memiliki kedua-dua nama domain tersebut, ianya mungkin menyebabkan pelawat laman web anda pergi ke laman web saingan anda.

Sebagai rumusan, bayangkan bagaimana orang biasa (jalanan) akan menaip dan membayangkan laman web anda. Ringkas, mudah dan senang untuk diingati.

contact

Selamat Datang ke Asafad Web Shop
Pusat tumpu bagi semua keperluan untuk membina empayar anda di Internet.